KURSUS KRAFTANGAN SENI JAHITAN KREATIF, NATURAL DYE DAN ECO PRINTING TAHUN 2026
MEMPERKASA KOMUNITI, MENJANA EKONOMI KREATIF LESTARI
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Bahagian Pembangunan Ekonomi telah berjaya menganjurkan Kursus Kraftangan Seni Jahitan Kreatif, Natural Dye dan Eco Printing Tahun 2026 pada 19 hingga 21 Mei 2026 bertempat di Balairaya Kampung Paya, Layang-Layang.
Program ini telah disertai oleh seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada komuniti dan usahawan bimbingan KEJORA bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang Natural Dye, Eco Printing dan Seni Jahitan Kreatif sebagai potensi sumber pendapatan baharu yang lebih lestari.
Sepanjang kursus berlangsung, peserta telah mengikuti latihan secara teori dan praktikal melibatkan teknik pewarnaan semula jadi, penghasilan corak fabrik berasaskan alam semula jadi serta jahitan kreatif bagi menghasilkan produk bernilai tambah dan berpotensi dikomersialkan.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan KEJORA dalam memperkasa komuniti melalui pembangunan kemahiran, keusahawanan kreatif serta penghasilan produk mesra alam sejajar dengan agenda pembangunan sosioekonomi luar bandar.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta atas komitmen dan kesungguhan sepanjang kursus ini berlangsung. Semoga ilmu serta kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam menjana pendapatan dan memperkasa ekonomi komuniti setempat.






































