MAJLIS IBADAH KORBAN WILAYAH KEJORA 2026 (MAQRAB)
Alhamdulillah, Program Majlis Ibadah Korban Wilayah KEJORA 2026 (MAQRAB) telah berlangsung dengan penuh keberkatan hasil kerjasama antara KEJORA bersama Perbadanan Islam Johor (PIJ) Manufacturing Sdn. Bhd. dan Lembaga Pelabuhan Johor di Surau Nurul Iman, Kampung Changi, Teluk Ramunia, Johor.
Majlis telah disempurnakan dengan kehadiran YBrs. Encik Mohd Gadaffie bin Abd Aziz, Pengurus Besar KEJORA bersama Pengurusan KEJORA, penduduk kampung serta wakil jabatan dan agensi berkaitan dalam menyemarakkan semangat ukhuwah, kebersamaan dan pengorbanan. Sebanyak 6 ekor lembu korban telah disempurnakan dalam program ini yang melibatkan 42 penama asnaf daripada 6 buah kampung di dalam Wilayah KEJORA.
KEJORA turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima Allah SWT serta membawa keberkatan, kesejahteraan dan perpaduan kepada seluruh warga Wilayah KEJORA.
“Korban bukan sekadar sembelihan, tetapi lambang keikhlasan dan indahnya berkongsi.”

















































