header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
KERJASAMA STRATEGIK KEJORA DAN RISDA ESTATES SDN. BHD. BAGI PELUPUSAN REKOD KEJORA
KEJORA sentiasa komited dalam memastikan pengurusan rekod organisasi dilaksanakan secara sistematik, teratur dan mematuhi peraturan yang ditetapkan berdasarkan Jadual Pelupusan Rekod Fungsian KEJORA 2008 serta Jadual Pelupusan Rekod Urusan Am Arkib Negara Malaysia 2012.
Sehubungan itu, satu kerjasama strategik telah dijalinkan antara KEJORA dan RISDA Estates Sdn. Bhd. bagi melaksanakan proses pelupusan rekod melalui kaedah pembakaran menggunakan kemudahan boiler di Kilang Sawit RISDA Sungai Ambat.
Melalui pelaksanaan ini, sebanyak 497 unit Rekod Fungsian dan 504 unit Rekod Am telah berjaya dilupuskan mengikut prosedur serta garis panduan yang ditetapkan. Inisiatif ini membolehkan proses pelupusan rekod dilaksanakan secara selamat, berintegriti dan mematuhi kehendak perundangan berkaitan pengurusan rekod kerajaan.
KEJORA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada RISDA Estates Sdn. Bhd., khususnya Kilang Sawit RISDA Sungai Ambat, atas sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan pelaksanaan pelupusan rekod ini.
Semoga hubungan kerjasama yang terjalin antara KEJORA dan RISDA Estates Sdn. Bhd. akan terus diperkukuh demi memperkasakan tadbir urus organisasi serta meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.