MENYEMARAK NARATIF PERUBAHAN, MEMACU LONJAKAN KEJORA 2.0
Telah berlangsung sesi perkongsian ilmu khas bersama Pengurus Besar KEJORA yang melibatkan seramai 32 orang Pegawai KEJORA Gred 9 dan Gred 10.
Sesi ini diadakan bagi memperkukuh pemahaman pegawai terhadap hala tuju KEJORA 2.0 sebagai agenda transformasi organisasi yang lebih progresif, mampan dan berimpak tinggi.
Turut dikongsikan dalam sesi ini adalah naratif pembangunan ekosistem Kepercayaan (Trust) yang menjadi asas penting dalam memperkukuh budaya kerja, meningkatkan kolaborasi serta membina keyakinan pemegang taruh terhadap peranan dan fungsi KEJORA.
Selain itu, pegawai KEJORA turut diberi pendedahan mengenai Teori Perubahan (Theory of Change) sebagai pendekatan strategik dalam merancang, melaksana dan menilai keberkesanan program serta inisiatif pembangunan yang dilaksanakan oleh KEJORA.
Diharapkan sesi perkongsian ini dapat meningkatkan kefahaman, menyelaraskan hala tuju serta memperkukuh komitmen warga KEJORA dalam merealisasikan aspirasi KEJORA 2.0 demi kesejahteraan masyarakat dan pembangunan wilayah yang berdaya saing.

































