header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
KELONG TRADISIONAL GEGAR FHMAPK 2026, 157,237 PENGUNJUNG JADI SAKSI KEJAYAAN KEJORA
Muzium Nelayan Tanjung Balau, KEJORA melakar satu lagi kejayaan apabila konsep “Kelong” Mahligai Warisan Nelayan Tradisional berjaya meraih Tempat Ketiga Reruai Paling Popular sempena Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan (FHMAPK) 2026 yang berlangsung di Angsana Johor Bahru. Pengiktirafan ini menjadi bukti bahawa warisan maritim, budaya nelayan serta kisah kehidupan masyarakat pesisir pantai terus mendapat tempat di hati pengunjung dari seluruh negara.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seramai 157,237 pengunjung yang telah memeriahkan FHMAPK 2026 bermula 24 hingga 30 Jun 2026. Sokongan luar biasa anda bukan sahaja menyemarakkan festival ini, malah menjadi pembakar semangat kepada kami untuk terus memelihara, mempromosikan dan mengangkat warisan maritim Johor kepada generasi masa hadapan.
Festival berprestij ini menghimpunkan reruai pameran daripada pelbagai muzium dari dalam dan luar negara, sekali gus menjadi platform terbaik dalam memperkenalkan kekayaan sejarah, budaya dan warisan negara kepada masyarakat. Tahniah juga kepada semua muzium yang telah menjayakan festival ini dengan pelbagai pengisian kreatif dan interaktif yang menarik perhatian para pengunjung.
Terdahulu majlis perasmian Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2026 telah disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara. Manakala majlis perasmian penutup FHMAPK 2026 telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohamad Azhan Md. Amir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Perpaduan Negara. Hadir sama, YB Dato’ Mohammed Ridha Dato’ Abd. Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor, serta YB Dato’ Dr. Haji Abdul Rahim Ramli, Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk Muzium Nelayan Tanjung Balau terus melakar lebih banyak pencapaian dalam memperkasa warisan dan pelancongan Wilayah KEJORA.