header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
KEPIMPINAN BERUBAH, PEMIKIRAN DIPERKASA, MASA DEPAN DICIPTA.
Pada 17 hingga 19 Julai 2026, KEJORA telah menganjurkan Program Transformasi Kepimpinan Strategik 2.0 KEJORA 2026 di 2 Rivers Tanjung Malim, Perak yang menghimpunkan Pengurusan Kanan bersama semua Pengurus Bahagian dan Ketua Unit termasuk Anak Syarikat KEJORA bagi menyelaras pemikiran, memperkukuh kepimpinan dan menetapkan langkah seterusnya untuk KEJORA.
Program ini bukan sekadar kursus kepimpinan, tetapi satu ruang untuk berfikir, berdialog dan membina refleksi. Melalui pendekatan Reflection, setiap pemimpin menilai semula perjalanan KEJORA, memahami cabaran yang telah ditempuhi dan mengenal pasti pengajaran yang akan menjadi panduan dalam mencorakkan masa depan pembangunan luar bandar terutama Wilayah Johor Tenggara.
KEJORA 2.0 membawa satu pendekatan yang jelas iaitu pembangunan luar bandar tidak hanya diukur melalui projek dan infrastruktur, tetapi juga melalui kekuatan kepimpinan, kualiti modal insan, budaya kerja yang progresif serta keupayaan membina ekosistem yang memberi nilai kepada masyarakat.
Transformasi sebenar bermula apabila kita berani belajar daripada pengalaman, berfikir secara strategik dan bertindak secara bersama. Dengan semangat inilah KEJORA akan terus melangkah sebagai organisasi yang lebih dinamik, relevan dan bersedia memimpin agenda pembangunan luar bandar pada masa hadapan.
Refleksi pembangunan luar bandar menekankan peralihan daripada penumpuan infrastruktur fizikal semata-mata kepada pembangunan holistik yang berpaksikan rakyat. Ia mengimbangi pemodenan ekonomi dengan pemeliharaan nilai warisan, bertujuan merapatkan jurang digital dan sosioekonomi, serta memerlukan pelaksanaan yang inklusif agar tiada komuniti yang terpinggir.
Setiap transformasi yang hebat bermula dengan keberanian untuk membina refleksi, menilai perjalanan yang telah dilalui, memahami pengajaran yang diperoleh dan membina hala tuju masa depan dengan lebih jelas, lebih berani dan lebih bermakna.