header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
LAWATAN PENANDA ARAS SAGA: KEJORA KONGSI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN KEWANGAN
KEJORA berbesar hati menerima kunjungan Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor sempena Sesi Lawatan Penanda Aras dan Libat Urus Pelaksanaan Standard Accounting System for Government Agencies (SAGA) bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai pelaksanaan sistem SAGA di KEJORA pada 22 Julai 2026.
Sepanjang sesi berlangsung, para delegasi telah diberikan taklimat menyeluruh mengenai pelaksanaan dan pengurusan Sistem SAGA di KEJORA yang disampaikan oleh Akauntan Kanan Bahagian Kewangan. Perkongsian ini merangkumi pengalaman penggunaan sistem kewangan SAP S4 Hana, cabaran yang dihadapi serta pendekatan yang dilaksanakan bagi memastikan sistem kewangan diurus secara cekap, telus dan mematuhi piawaian yang ditetapkan.
Lawatan ini bukan sahaja menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman antara agensi, malah mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Johor dalam memperkukuh tadbir urus kewangan serta memastikan pelaksanaan SAGA di Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
KEJORA berharap sesi penanda aras ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat, sekali gus memperkukuh jaringan kerjasama strategik dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pengurusan kewangan sektor awam demi penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada rakyat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor atas kepercayaan yang diberikan dengan memilih KEJORA sebagai lokasi penanda aras pelaksanaan Sistem SAGA. Semoga hubungan kerjasama ini terus diperkukuh dan menjadi pemangkin kepada perkongsian amalan terbaik serta kecemerlangan tadbir urus kewangan di Negeri Johor.