header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
CANDAT, CHILL & CIPTA MEMORI!
Bila laut memanggil, warga KEJORA pun terus onz!
Seramai 35 peserta telah menyertai Program Cabaran Candat Sotong KAK 2026 pada 18 hingga 19 Julai 2026 di Perairan Pulau Kapas, Terengganu. Lebih gempak, ini merupakan program candat sotong pertama yang dianjurkan oleh Kelab Anggota KEJORA (KAK) sejak penubuhannya!
Misi utama? Bukan semata-mata nak penuhkan tong dengan sotong , tapi nak eratkan ukhwah, kuatkan semangat berpasukan cipta memori yang tak boleh dibeli.
Rezeki laut memang menjadi! Selain sotong, peserta turut berjaya menaikkan pelbagai spesies ikan seperti kerisi, kembung, yu, parang dan timah. Memang padu hasilnya!
Tak cukup dengan aktiviti di laut, peserta juga sempat healing dan meneroka keunikan Kuala Terengganu dengan singgah ke Pasar Payang, Bukit Puteri dan Masjid Kristal. Lengkap pakej rekreasi, pelancongan dan kebersamaan.
Tahniah dan syabas kepada semua peserta serta Biro Rekreasi Kelab Anggota KEJORA (KAK) Sesi 2025–2026 yang berjaya merealisasikan program penuh aksi, gelak tawa dan kenangan ini.
Sampai jumpa di Cabaran Candat Sotong KAK yang seterusnya!