Bersempena Bulan Kebangsaan, Program Gotong-Royong Perdana MERDEKARIA KEJORA telah dilaksanakan secara serentak di 35 kampung dalam Wilayah KEJORA, termasuk Kampung Sri Lalang, Kluang dan Kampung Bukit Raja, Pengerang.
Program ini menghimpunkan warga KEJORA, JPKK dan komuniti setempat dalam usaha membersih serta menceriakan persekitaran kampung, di samping menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan menghidupkan budaya gotong-royong.
Di Kampung Sri Lalang, Pengurusan KEJORA telah diwakili oleh YBrs. Puan Suraya Hani binti Sharan, Pengurus Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa, yang turut bersama-sama komuniti setempat menjayakan aktiviti tersebut.
Kemerdekaan bukan sekadar dizahirkan melalui kibaran Jalur Gemilang, tetapi diterjemahkan melalui jiwa yang merdeka, komuniti yang bersatu dan tanggungjawab bersama membina persekitaran desa yang sejahtera.
Kampung bersih, komuniti bersatu, semangat MERDEKA terus membara!
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 


























































































