KUNJUNGAN RASMI PERBADANAN MUZIUM MELAKA (PERZIM) KE MUZIUM NELAYAN TANJUNG BALAU
Muzium Nelayan Tanjung Balau menerima kunjungan rasmi delegasi Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) bagi sesi penandaarasan, pembentangan idea, pertukaran pandangan serta perkongsian kepakaran dalam bidang permuziuman.
Pertemuan ini memberi fokus kepada amalan terbaik dalam pembangunan pameran, peragaan koleksi, reka bentuk ruang, interpretasi kandungan serta pengalaman pengunjung, di samping perkongsian pandangan dan khidmat nasihat berhubung cadangan penambahbaikan serta usaha menaik taraf muzium-muzium di bawah pengurusan PERZIM.
Dalam sesi yang sama, turut dibincangkan cadangan Kerjasama Strategik Silang Budaya antara Muzium Nelayan Tanjung Balau dan PERZIM sebagai platform untuk memperluas pertukaran pameran, perkongsian kepakaran, pembangunan program pendidikan warisan serta pengembangan naratif sejarah dan warisan maritim Johor–Melaka.
Inisiatif ini diharap dapat memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi, memperkasa penyampaian warisan kepada masyarakat serta membentuk ekosistem permuziuman yang lebih relevan, dinamik dan berimpak.



























