header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
LAWATAN ILMIAH USAHAWAN KEJORA BERSEMPENA PROGRAM JARINGAN USAHAWAN WILAYAH KEJORA (JUARA) BIL. 4/2026
MARA Mini Halal Hub Batu Pahat dan TEKUN TikTok Hub Studio, Bandar Baru Uda, Johor Bahru
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Bahagian Pembangunan Ekonomi telah melaksanakan Lawatan Ilmiah Usahawan KEJORA bersempena Program Jaringan Usahawan Wilayah KEJORA (JUARA) Bil. 4/2026. Program ini memberikan pendedahan mengenai pengurusan premis dan pembangunan produk bagi memenuhi keperluan pensijilan halal serta pemasaran digital melalui platform TikTok untuk memperluas pasaran dan meningkatkan daya saing usahawan.
Lawatan ini turut disertai oleh YBhg. Puan Hajah Haslinda binti Abu Bakar, Pengurus Pembangunan Ekonomi KEJORA. Sesi di MARA Mini Halal Hub Batu Pahat disertai oleh Puan Nur Hiedayah binti Yahaya, Pegawai MARA Daerah Batu Pahat dan Puan Nor Fathihah Aini binti Salehhuddin, Penolong Pegawai MARA Daerah Batu Pahat. Sementara itu, sesi di TEKUN TikTok Hub Studio turut disertai oleh Tuan Haji Md Ahirun Ruba’ain, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) TEKUN Nasional serta Encik Mohd Shah Ariff, Pengurus TEKUN Negeri Johor.
Di MARA Mini Halal Hub Batu Pahat, para usahawan mengikuti taklimat dan meninjau premis bagi memahami amalan pengurusan serta pengeluaran produk yang memenuhi keperluan pensijilan halal. Lawatan diteruskan ke TEKUN TikTok Hub Studio untuk mendapatkan pendedahan tentang penghasilan kandungan promosi dan pelaksanaan jualan secara langsung melalui TikTok. Program ini turut menjadi platform perkongsian ilmu, pertukaran pengalaman dan pengukuhan jaringan kerjasama antara usahawan dengan agensi.
KEJORA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MARA, TEKUN Nasional dan semua usahawan atas komitmen serta kerjasama dalam menjayakan program ini. KEJORA akan terus memperkasa usahawan melalui pengukuhan ilmu, penerokaan pasaran dan kerjasama strategik bagi menyokong pembangunan ekonomi masyarakat di Wilayah KEJORA.