OBJEKTIF

 

Komitmen kerajaan untuk menyepadukan semua pengurusan hal-hal yang berkaitan dengan integriti di bawah sebuah unit yang khusus supaya inisiatif-inisiatif penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan, pengesanan salah laku dan tindakan punitif dapat dilaksanakan dengan secara yang lebih fokus, terancang, efisen dan mencapai keberhasilan yang optimum.

 

FUNGSI

 

Bertanggungjawab kepada:

    1. Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah/Pengurus Besar.
    2. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (Bahagian Pengurusan Integriti Agensi, SPRM untuk penyelarasan, bantuan dan pelaporan).

Menyelaras, mengurus, merancang dan melaksana urusan berkaitan operasi ICT dan bantuan teknikal.

 

Unit ini bertanggungjawab untuk melaksanakan enam ( 6 ) fungsi teras seperti berikut:

 

    1. Pengukuhan Integriti – Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.
    2. Pengurusan Aduan – Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.
    3. Pengesanan dan Pengesahan – Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil. Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.
    4. Tatatertib – Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.
    5. Pematuhan – Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
    6. Tadbir Urus – Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan.
    7. Pengurusan Aduan – Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.

Menyelaras, mengurus, merancang dan melaksana urusan berkaitan operasi ICT dan bantuan teknikal.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Tinggalkan Balasan