28TH SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PENAWAR (SKBP) ATHLETICS CHAMPIONSHIPS | SEKOLAH KLUSTER PAR EXCELLENCE

7 JULAI 2022 | STADIUM KEJORA BANDAR PENAWAR | 10.00 PAGI
Pada hari ini, telah berlangsung Kejohanan Olahraga Kali Ke-28, Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar, Sekolah Kluster Kecemerlangan di Stadium KEJORA Bandar Penawar. Majlis telah dirasmikan oleh En. Sh. Khayulzahri Bin Sh. A. Raof , Pengurus Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa mewakili Pengurus Besar KEJORA. Dalam ucapan perasmian, beliau berharap agar pembangunan sukan juga diambil berat di peringkat akar umbi dan mengucapkan tahniah kepada SKBP atas penganjuran kejohanan olahraga pada kali ini.
Pengetua Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar, Tn. Hj. Kamaruddin bin Asrap dalam ucapan aluannya menyatakan, SKBP mengucapkan ribuan terima kasih kepada KEJORA yang telah banyak memberikan bantuan dan sama-sama membangunkan kegemilangan SKBP sehingga menjadi antara sekolah terbaik di Daerah Kota Tinggi.
Pelbagai acara akan berlangsung dalam kejohanan olahraga pada kali ini.
Syabas dan tahniah KEJORA ucapkan kepada seluruh Warga SKBP dan kepada pemenang.