Pembangunan Pertanian Berteknologi Tinggi

Taman Fertigasi KEJORA

Taman Fertigasi KEJORA (TFK) terletak di Kawasan Tanaman Campuran Sungai Chemaran II, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor telah dibangunkan mulai awal Januari 2012. Taman ini mempunyai 12 unit Rumah Lindungan Hujan, 1 buah Rumah Kayu (TERATAK PENAWAR), 2 buah Rumah Pekerja, 1 buah bangunan stor, Intergrated Fish Farm, Tanaman Padi dan Buahan Nadir dengan kos pembangunan sebanyak RM 3.60 juta.

Aktiviti utama Taman Fertigasi KEJORA adalah tanaman buah Jade Melon yang ditanam di dalam Rumah Lindungan Hujan dengan kapasiti tanaman sebanyak 2,300 pokok untuk sebuah Rumah Lindungan Hujan. Taman Fertigasi KEJORA ini adalah berkonsepkan AGROTOURISM.

 

Projek Tanaman Nenas EPP7

Projek Tanaman Nanas dibawah Program Pasaran Premium Buah dan Sayur Segar (EPP7) telah dilaksanakan di Kawasan Pertanian Kg. Tuan Seh, Sedili Kecil, Kota Tinggi, Johor dengan keluasan kawasan seluas 307.75 ekar. Kerja-kerja penyediaan infrastruktur luar ladang telah dilaksanakan oleh KEJORA melibatkan penyediaan bekalan air, elektrik dan jalan masuk ladang.

Dengan adanya penyediaan infrastruktur ladang yang lengkap, pengurusan dan pengoperasian ladang menjadi lebih cekap dan lancar. Secara tidak langsung, penghasilan ladang juga meningkat. Sehingga 31 Disember 2016, seluas 200 ekar kawasan telah ditanam dengan tanaman nanas MD-2 dan keseluruhan kawasan adalah dijadualkan dapat dibangunkan sepenuhnya pada Disember 2017. Jumlah pengeluaran adalah sebanyak 734.3 metrik tan dan jumlah pendapatan sebanyak RM973,190.00 bagi tahun 2016. Hasil pengeluaran tersebut dipasarkan untuk pasaran tempatan dan juga eksport ke luar negara.

Tanaman Nanas MD2 ini telah dilaksanakan oleh Syarikat Ergobumi Sdn Bhd dan menawarkan sebanyak 60 peluang pekerjaan.