Tanaman Campuran
Program Tanaman Campuran KEJORA telah bermula sejak awal tahun 1984. Objektif utama program ini adalah untuk menggalakkan orang perseorangan dan syarikat-syarikat swasta melibatkan diri didalam program pembangunan pertanian secara komersial di Wilayah KEJORA, menjadikan wilayah KEJORA sebagai kawasan pengeluaran hasil-hasil pertanian untuk dieksport ke luar negeri khususnya ke Singapura serta menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk-penduduk kampung.
Sehingga Disember 2016, keluasan Kawasan Tanaman Campuran KEJORA adalah seluas 1798 Hektar dan diusahakan seramai 89 orang pengusaha pertanian. Pecahan Kawasan Tanaman Campuran adalah seperti berikut:
Bil. | KAWASAN TANAMAN CAMPURAN | KELUASAN (HEKTAR) | JUMLAH PLOT | JUMLAH PENGUSAHA (ORANG) |
1 | Pengeli Kecil | 405 | 35 | 33 |
2 | Sungai Chemaran I | 107 | 9 | 9 |
3 | Sungai Chemaran II | 208 | 23 | 22 |
4 | Bukit Lawiang | 269 | 21 | 21 |
5 | Sungai Semberong Kiri | 809 | 4 | 4 |
JUMLAH | 1798 | 92 | 89 |
Berdasarkan kepada pembangunan Kawasan Tanaman Campuran sedia ada, nilai jumlah input bagi Program Tanaman Campuran sehingga kini adalah sebanyak RM 36,500,000.00. jumlah hasil adalah sebanyak RM 46,000,000.00 merangkumi kesemua Kawasan Tanaman Campuran member pendapatan bersih berjumlah RM 24,500,000.00.