Menyediakan peluang latihan untuk kerjaya khususnya kumpulan B40 di luar bandar.
Kadar bantuan maksimum adalah sebanyak RM10 ribu bagi setiap peserta.
Kumpulan sasar adalah dalam golongan miskin tegar, miskin dan B40 di luar bandar dengan memberi fokus kepada belia berumur 15 sehingga 40 tahun.
Fokus kepada kursus-kursus jangka pendek tidak melebihi 6 bulan yang mempunyai jaminan kerjaya selepas tamat kursus.
Pengendali latihan terdiri daripada agensi-agensi di bawah Kementerian (Giatmara dan Lembaga Kemajuan Wilayah) dan pengendali latihan swasta
Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasar program ini ialah dari golongan miskin tegar yang berdaftar dengan pangkalan data Sistem e-kasih atau SPKR. Keutamaan akan diberikan kepada golongan berikut:
Ketua Isi Rumah (KIR) yang produktif;
Ahli Isi Rumah (AIR) yang tidak bersekolah dan tidak bekerja;
Ibu Tunggal (IT) miskin tegar yang mempunyai ramai tanggungan dan masih produktif;
AIR miskin tegar yang ditanggung oleh KIR ibu tunggal; dan
Suri Rumah (SR)/(AIR) miskin tegar yang ditanggung oleh KIR kurang upaya.