

Menerusi Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMKe11), Teras Kedua : Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat, program SPKR diteruskan sebagai salah satu touch point utama Kerajaan yang sentiasa prihatin menjaga kesejahteraan dan mendahulukan kebajikan rakyat.
SPKR merupakan salah satu program pembasmian kemiskinan luar bandar dalam memastikan kumpulan sasar (miskin dan miskin tegar) dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.
Komponen SPKR meliputi bantuan rumah PPRT, program latihan kemahiran dan program peningkatan pendapatan yang membentuk suatu pakej nilai tambah untuk memperkasa dan memberi keupayaan kumpulan sasar membentuk jati diri, menjana pendapatan sendiri selain memiliki kediaman yang selamat dan selesa.
Merupakan program bagi meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina atau membaikpulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga
Kumpulan sasar PPRT adalah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuat kuasa.
Kriteria kumpulan sasar penerima bantuan PPRT yang LAYAK adalah seperti berikut:
Syarat bantuan Bina Baharu diberikan kepada peserta yang:
Syarat bantuan Baik Pulih:
Selain memenuhi kriteria-kriteria kelayakan di atas, keutamaan bantuan diberikan kepada:
Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar