Bahagian Kewangan
Menguruskan sumber kewangan dan aset KEJORA secara berhemah dan telus berdasarkan dasar dan peraturan kerajaan kearah mencapai objektif penubuhan KEJORA.
Latar Belakang Bahagian Kewangan
Sebelum tahun 1984, fungsi kewangan di KEJORA dilaksanakan oleh Bahagian Pentadbiran dan Kewangan. Pada akhir tahun 1984 unit Kewangan dipisahkan dari unit Pentadbiran dengan pengujudan jawatan Pengurus Kewangan. Semasa bahagian berkenaan dipisahkan fungsi utama yang telah diserahkan kepada bahagian kewangan adalah perakaunan, belanjawan dan perolehan. Setiap fungsi utama ini diketuai oleh seorang anggota dari kumpulan Pengurusan dan Profesional. Fungsi perolehan yang asalnya dikendalikan oleh Bahagian Pentadbiran telahpun dipindahkan ke Bahagian Kewangan bermula September 2010.
Manakala pengurusan aset dan inventori termasuk daftar aset dan kerja verifikasi serta tangungjawab mengendalikan pelupusan aset dikekalkan di bawah Bahagian Pentadbiran.
Unit pelaburan pula bertanggungjawab untuk membuat analisa serta memberikan ulasan mengenai pelaburan KEJORA di samping menguruskan hal ehwal pelaporan berkaitan pengurusan Anak Syarikat KEJORA.
Carta Organisasi Bahagian Kewangan

Carta dan Fungsi Utama Bahagian Kewangan

Pengurusan Kaunter Kutipan KEJORA
1. Jadual operasi waktu kaunter Bahagian Kewangan:
Hari Isnin hingga Khamis – 8.00 Pagi hingga 1.00 Tengahari
2.00 Petang hingga 5.00 Petang
Hari Jumaat – 8.00 Pagi hingga 12.15 Tengahari
2.45 Petang hingga 5.00 Petang
Sabtu dan Ahad – Rehat Mingguan
2 Jadual hari kutipan luar adalah pada minggu ke empat hujung setiap bulan mengikut ketetapan berikut:
a) Hari Isnin – Pejabat Cawangan Bandar Tenggara
b) Selasa – Tuan Seh
c) Rabu – Mawai Baru
d) Khamis – Punggai
3 Medium bayaran kepada kejora adalah sebagaimana berikut:
a) Terus ke kaunter KEORA
b) Qr Code
c) Credit Card
d) Debit Card
e) Senang Pay
f) Jom pay
g) internet banking
4 Semakan bayaran kepada pembekal
Pihak pembekal akan menerima notifikasi pembayaran melalui email. Sehubungan dengan itu, pihak pembekal diminta untuk memberikan alamat email kepada KEJORA untuk menerima perkhidmatan ini. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Pegawai di Unit Operasi Bahagian Kewangan KEJORA di talian 07-8843009.















