Kerjaya
PELUANG KERJAYA DI LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dengan sukacitanya mempelawa warganegara Malaysia, khususnya anak kelahiran Negeri Johor yang berdedikasi, dinamik dan berkelayakan, untuk menyertai perkhidmatan KEJORA dalam usaha memacu kecemerlangan dan kemakmuran wilayah.
Bagi mereka yang bersedia menggalas tanggungjawab, membina kerjaya yang stabil dan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat luar bandar, inilah masa yang sesuai untuk menyertai kami.
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dikemukakan sepenuhnya secara atas talian melalui portal e-Perjawatan KEJORA di: https://eperjawatan.kejora.gov.my atau melalui laman web rasmi di www.kejora.gov.my.
Tarikh Tutup Permohonan
Khamis, 19 November 2026, jam 11.59 malam.
Calon yang berminat dan memenuhi syarat dialu-alukan untuk memohon.
#KKDW
#KEJORA
#MalaysiaMadani
#LuarBandarSejahtera
#PenerajuTerasKemakmuran















