header-inner-1
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
Satu majlis penuh simbolik telah diadakan bagi menyuntik semangat buat kontinjen KEJORA dalam Sukan MAKSPEN ke-15 Tahun 2025 yang akan berlangsung pada 21 hingga 25 Oktober 2025 di Putrajaya.
Majlis penyerahan bendera telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA kepada Ketua Kontinjen KEJORA iaitu Encik Mohd Hanafi bin Jantan bersama 10 Pengurus Pasukan.
Kali ini KEJORA hadir dengan kekuatan 110 anggota bagi menyertai 10 acara sukan iaitu Bola Sepak, Bola Jaring, Bola Tampar, Badminton, Congkak, Dart, Ping Pong, E-Sukan (Mobile Legends) dan Batu Seremban.
Dalam amanatnya, Yang Berhormat Datin Paduka telah menyuntik kata-kata semangat dan menyeru agar setiap pemain membawa semangat kesukanan yang tinggi, penuh disiplin, serta berjuang sehabis baik bagi mencapai misi yang telah ditetapkan. Majlis pada hari ini bukan sekadar simbolik penyerahan bendera semata-mata, tetapi ia menjadi lambang tanggungjawab, amanah dan semangat juang yang akan dibawa oleh setiap atlet dan pegawai pengiring sepanjang kejohanan nanti.
Beliau mengakhiri amanatnya dengan turut menekankan agar seluruh warga KEJORA sentiasa memupuk semangat kerjasama pasukan, tanamkan sifat kemanusiaan dan kasih sayang, berusaha yang terbaik dan sering menjaga nama baik KEJORA dalam melaksanakan tugas.
Selamat berjuang, Kontinjen KEJORA! Bawa pulang kejayaan, harumkan nama KEJORA!