header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
PELUNCURAN PAKEJ PRODUK PELANCONGAN WILAYAH KEJORA SEMPENА MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN DISEMBER KKDW 2025

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah mencatat pencapaian penting dengan peluncuran Pakej Produk Pelancongan Wilayah KEJORA, bersempena Tahun Melawat Malaysia dan Tahun Melawat Johor 2026 dalam Majlis Perhimpunan Bulan Disember Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Tahun 2025.
Pakej ini menghimpunkan rangkaian produk pelancongan utama di wilayah KEJORA yang merangkumi:
* Destinasi pelancongan pilihan
* Pelancongan warisan dan kebudayaan
* Gastronomi tempatan
* Pelancongan berasaskan komuniti (CBT)
Kesemua segmen ini dikenal pasti sebagai tarikan berimpak tinggi yang mampu memperkukuh sektor pelancongan serta membuka peluang sosioekonomi baharu kepada komuniti setempat luar bandar.
Sebagai agensi yang komited mempromosi potensi Johor Tenggara, KEJORA terus melaksanakan inisiatif strategik selari dengan agenda pembangunan desa KKDW dan pelancongan negara.