SESI LIBAT URUS PENGURUS BESAR KEJORA BERSAMA PEMIMPIN KAMPUNG
KEJORA telah mengadakan Sesi Libat Urus Pengurus Besar KEJORA bersama Pemimpin Kampung Wilayah KEJORA bertempat di Kampung Dato’ Abd Ghani Othman dan Kampung Lepau.
Sesi ini memberi tumpuan kepada isu dan permasalahan kampung-kampung luar bandar, termasuk aspek kemudahan asas, infrastruktur, kesejahteraan komuniti serta peluang pembangunan setempat. Pandangan dan suara pemimpin kampung menjadi asas penting dalam merangka tindakan yang lebih menyeluruh dan berimpak tinggi kepada penduduk.
KEJORA komited untuk terus mendengar, memahami dan bertindak demi memastikan pembangunan luar bandar yang inklusif dan mampan selari dengan keperluan sebenar masyarakat setempat.
KEJORA: Bersama komuniti, membina masa depan luar bandar yang lebih sejahtera.















































































