SINERG YADIM–KEJORA: PERKASA ILMU & POTENSI GOLONGAN MUDA LUAR BANDAR
Kunjungan Hormat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ke Pengurus Besar KEJORA pada 19 Januari telah berlangsung dengan jayanya.
Perbincangan memfokuskan kepada kerjasama strategik dalam pembangunan modal insan Wilayah KEJORA, serta pertukaran ilmu pengetahuan bagi memperkasa potensi anak-anak luar bandar agar lebih berdaya saing dan berilmu.
KEJORA berharap cadanagan kerjasama strategik ini menjadi pemangkin kepada usaha memperkasa ilmu, sahsiah dan potensi golongan muda luar bandar agar mampu menyumbang secara signifikan kepada pembangunan wilayah, Negeri Johor dan negara.





















