header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
π“π„π‘πˆπŒπ€ πŠπ€π’πˆπ‡, 𝐓𝐍. 𝐇𝐉. ππ€π’π‘π”πƒπˆπ 𝐁𝐈𝐍 πŒπ„π’ππ€π‘πˆ
Setelah menabur bakti selama 40 tahun 9 bulan, kini tibalah detik untuk Tn. Hj. Nasrudin bin Mesnari menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam melalui Persaraan Wajib pada 26 Julai 2026.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah mencurahkan komitmen, dedikasi dan khidmat yang tidak ternilai dalam menyumbang kepada pembangunan serta kemajuan Wilayah Johor Tenggara. Setiap usaha, pengalaman dan pengorbanan yang diberikan menjadi sebahagian daripada legasi yang akan terus dikenang oleh seluruh warga KEJORA.
Seluruh warga Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, bakti serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat.
Semoga Tn. Hj. Nasrudin bin Mesnari dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan bersama keluarga serta sentiasa berada dalam rahmat dan keberkatan Allah SWT. Selamat menempuh alam persaraan, semoga setiap langkah selepas ini dipenuhi dengan ketenangan, kegembiraan dan kehidupan yang lebih bermakna.
“Empat dekad lebih menabur bakti, membina harapan dan mencipta legasi. Terima kasih atas setiap pengorbanan demi pembangunan Wilayah Johor Tenggara. Jasa tuan akan terus dikenang, legasi tuan akan terus menjadi inspirasi.”