USAHA PEMERKASAAN USAHAWAN DALAM EKONOMI DIGITAL
KEJORA terus memainkan peranan aktif memperkasa usahawan luar bandar dalam aspek pendigitalan yang semakin berkembang pada masa kini.
Penganjuran program Smart Digitalpreneur 2025 yang berlangsung selama tiga hari mulai 31 Oktober hingga 2 November 2025 telah dirasmikan oleh Encik Mohd Fakharur Razziy bin Hazran, Pengurus Pelancongan merangkap Pengurus Pembangunan Ekonomi dan Usahawan selaku wakil rasmi Pengurus Besar KEJORA.
Program kali ini memberi tumpuan kepada latihan pemasaran dalam talian dan keselamatan siber bagi memperkukuh jenama dan memperluas pasaran usahawan luar bandar ini.
Usaha ini merupakan komitmen KEJORA dalam melahirkan usahawan desa yang lebih berdaya saing di pasaran global seiring dengan aspirasi KKDW.






















