Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kejora 2018 telah berlangsung pada 13 Disember 2018 bertempat di Bilik Taklimat Kejora. Sebanyak 9 kumpulan telah bertanding dalam konvensyen kali ini. Objektif KIK ini adalah menambahbaik dan meningkatkan kualiti serta produktiviti kerja khususnya dalam perkhidmatan kepada pelanggan. Justeru itu selaras dengan hasrat kerajaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif ( KIK) telah mula diperkenalkan di KEJORA pada bulan jun 1984 dan beberapa kejayaan yang cemerlang telah diperolehi dan dikecapi oleh KEJORA sejak penglibatan dalam Kumpulan Inovatif dan Kreatif ini. Selamat maju jaya diucapkan kepada kumpulan-kumpulan yang bertanding