CADANGAN KERJA-KERJA MEMBINA & MENYIAPKAN PENGINAPAN CHALET RAKIT ATAS AIR DI KG. TG SERINDIT
Lawatan pemantauan tapak projek Membina & Menyiapkan Penginapan Chalet Rakit Atas Air di Kampung Tanjung Serindit telah dilaksanakan oleh Pengarah Pejabat KKDW Negeri Johor bersama pihak berkaitan pada 11 Februari 2026..
Lawatan pemantauan ini bertujuan untuk menilai kemajuan semasa projek, memastikan pelaksanaan kerja mengikut spesifikasi yang ditetapkan serta mematuhi jadual perancangan yang telah diluluskan. Projek ini merupakan salah satu inisiatif pembangunan pelancongan desa yang berpotensi meningkatkan ekonomi setempat dan membuka lebih banyak peluang pendapatan kepada komuniti kampung.
Adalah menjadi harapan agar projek ini dapat disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan dengan kualiti kerja yang terbaik. Chalet rakit atas air ini dijangka menjadi tarikan baharu pelancongan di kawasan Kg. Tg Serindit dan seterusnya merancakkan sektor pelancongan luar bandar dan memberi manfaat berterusan kepada penduduk setempat.


























