PENGURUS BESAR KEJORA SANTUNI PENGERUSI SPAN, PERKUKUH USAHA DEMI KESEJAHTERAAN 20,000 PENDUDUK WILAYAH KEJORA
Komitmen berterusan KEJORA dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus diperkukuh apabila Pengurus Besar KEJORA, Encik Mohd Gadaffie bin Abd Aziz bersama lapan pegawai telah mengadakan Sesi Kunjung Hormat ke atas Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), YBhg. Datuk Ir. Abdul Kadir bin Mohd Din di Ibu Pejabat SPAN, Cyberjaya.
Pertemuan strategik ini memberi fokus kepada tiga agenda utama yang amat signifikan kepada kesejahteraan masyarakat Wilayah KEJORA, iaitu:
Perbincangan berlangsung dalam suasana positif dan konstruktif, dengan pihak SPAN memberikan maklum balas yang memberangsangkan terhadap permohonan yang dikemukakan.
KEJORA optimis bahawa kerjasama strategik ini bakal memberi manfaat besar kepada hampir 20,000 penduduk Wilayah KEJORA, selaras dengan aspirasi memperkukuh infrastruktur asas dan meningkatkan kualiti hidup komuniti setempat.













