header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
MEMBINA WILAYAH MAMPAN: KEJORA TEROKA RAHSIA PERANCANGAN BANDAR SINGAPURA
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah mengadakan lawatan strategik ke Urban Redevelopment Authority (URA), Singapura. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif KEJORA dalam memperkukuh kefahaman terhadap perancangan guna tanah dan pembangunan bandar yang tersusun, bersepadu serta berorientasikan masa hadapan.
Sepanjang lawatan ini, delegasi KEJORA berpeluang memperoleh pendedahan secara langsung mengenai pendekatan perancangan spatial yang diamalkan oleh URA, termasuk aspek penyelarasan pembangunan serta keseimbangan antara keperluan ekonomi, perumahan, mobiliti dan kelestarian. Pendekatan ini menjadi rujukan penting dalam usaha memperkasa pembangunan wilayah secara holistik dan mampan.
Lawatan ini turut membuka ruang kepada KEJORA untuk menilai serta menyesuaikan amalan terbaik mengikut konteks pembangunan di Johor Tenggara, khususnya dalam memperkukuh perancangan penempatan, meningkatkan kualiti hidup komuniti serta mempertingkat keupayaan tadbir urus pembangunan.
Adalah diharapkan agar hasil lawatan ini dapat diterjemahkan kepada tindakan strategik yang lebih berimpak, seterusnya memperkukuh peranan KEJORA sebagai agensi pembangunan wilayah yang progresif, berdaya saing dan mampan dalam membina wilayah masa hadapan yang sejahtera.