header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
KEJORA Teroka Teknologi Pertanian Moden Melalui Lawatan ke The Agroz EduFarm @ AEON Alpha Angle 🌱
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) yang diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Gadaffie bin Abd Aziz, Pengurus Besar KEJORA telah mengadakan lawatan strategik ke Agroz Group Sdn. Bhd. di The Agroz EduFarm @ AEON Alpha Angle bagi meninjau pelaksanaan teknologi pertanian moden, khususnya kaedah penanaman hidroponik menerusi konsep indoor vertical farm.
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif strategik KEJORA dalam meneroka potensi pembangunan projek indoor vertical farm di wilayah KEJORA sebagai usaha memperkukuh keterjaminan makanan melalui penggunaan teknologi pertanian pintar dan berdaya saing.
Tambahan lagi, kelebihan penggunaan teknologi pertanian pintar dan sistem penanaman secara menegak (vertical farming) di dalam projek ini dilihat mampu meningkatkan pengeluaran makanan dengan lebih cekap, mampan dan berkualiti, sekali gus menyokong kesejahteraan masyarakat melalui sosioekonomi setempat serta kelestarian bekalan makanan negara khususnya di dalam negeri Johor.
Wilayah KEJORA mempunyai potensi besar untuk pembangunan projek ini berikutan kedudukannya yang strategik berhampiran pusat bandar utama seperti Johor Bahru, Kota Tinggi dan Desaru, di samping menyokong agenda pembangunan Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ).
Inisiatif ini juga selaras dengan Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2.0 yang menekankan pengukuhan sekuriti makanan negara melalui amalan pertanian moden dan mampan serta usaha mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan dari luar negara.
KEJORA komited untuk terus memperkukuh sektor pertanian moden bagi menjamin kecukupan bekalan makanan serta membantu menstabilkan harga bahan mentah makanan demi manfaat rakyat.