header-inner-1
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
BANNER-INNER
KORPORAT

Unit Perundangan

PERUNDANGAN
Nama: Adam Malek bin Haji Tugimin
E-mel: puu[at]kejora[dot]gov[dot]my
No. Telefon: 07-8843105
OBJEKTIF
  • Memastikan kepentingan KEJORA sentiasa terpelihara daripada sebarang tindakan perundangan oleh pihak luar.
  • Memastikan tindakan yang diambil ke atas pihak luar dapat memelihara kepentingan KEJORA daripada sebarang tindakan perundangan.
  • Memastikan proses atau semua aktiviti yang dilaksanakan adalah mematuhi peruntukan undang-undang Malaysia yang digunapakai oleh KEJORA.
  • Memberi khidmat nasihat kepada Pengurusan dan Pegawai Bahagian sama ada secara lisan atau bertulis mengikut keadaan tertentu
  • Mendapatkan khidmat nasihat secara bertulis daripada Panel Peguam yang dilantik berhubung sesuatu isu yang dibangkitkan.
  • Meneliti dan menyemak sesuatu kes tuntutan sebelum diserahkan kepada peguam untuk dibawa ke mahkamah
  • Memberi arahan kepada panel peguam untuk memulakan tindakan undang-undang kepada individu atau syarikat sama ada melalui tindakan saman atau melalui lain-lain cara yang sesuai
  • Meneliti dan menyemak kes KEJORA disaman sebelum diserah kepada pihak peguam untuk pembelaan
  • Memberi arahan kepada panel peguam untuk memfailkan pembelaan bagi pihak KEJORA
  • Memantau perjalanan kes yang melibatkan KEJORA terutamanya KEJORA sebagai Defendan
  • Memantau prestasi panel peguam yang mengendalikan sesuatu kes untuk KEJORA
  • Mengeluarkan notis-notis tuntutan perundangan
  • Menghadirkan diri ke Mahkamah sebagai pemerhati bagi pihak KEJORA
  • Membuat semakan serta meneliti dokumen dan maklumat yang diberikan oleh Bahagian untuk menyediakan Perjanjian seperti Surat Tawaran, Pelan-pelan berkaitan, Minit Mesyuarat kelulusan Pengurusan/Lembaga Pengarah/Kerajaan Negeri,Jadual/Lampiran dan lain-lain sebelum penyediaan mendraf perjanjian.
  • Menyediakan Draf Perjanjian sama ada Sewaan, Pajakan, Pinjaman, Perkhidmatan, Pengurusan, Memorandum Persefahaman dan sebagainya menurut arahan yang diterima daripada Bahagian/Unit
  • Mengarahkan panel peguam menyediakan Draf Perjanjian sama ada Sewaan, Pembangunan, Usahasama, Pajakan, Pengurusan, Jual Beli dan sebagainya menurut arahan yang diterima.
  • Menyemak draf perjanjian yang disediakan oleh panel peguam.
  • Menyemak Ulasan bahagian ke atas draf dan kaji kesesuaian mengikut peruntukan perundangan
  • Menyediakan draf akhir berdasarkan pandangan dan ulasan Bahagian.
  • Menguruskan dan menyempurnakan Borang Pindahmilik, Gadaian, pelepasan gadaian, pajakan serta lain-lain borang yang berkaitan dengan tanah
  • Merekod dan menyimpan dokumen perjanjian KEJORA

Pihak KEJORA memaklumkan bahawa senarai nama yang telah dikeluarkan adalah bagi pemohon yang memerlukan tindakan lanjut.

 

Diminta semua yang terlibat untuk menghubungi pihak KEJORA dengan kadar segera bagi melengkapkan urusan seterusnya.

📢 MAKLUMAN PERMOHONAN PERUMAHAN TG BUAI