Selaras dengan Aspirasi Johor Bersih, KEJORA dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menganjurkan Program Pembersihan Pantai Tanjung Balau.
Program ini melibatkan penyertaan hampir 75 orang sukarelawan dan hasil usaha bersama ini, sebanyak 232 kilogram sisa buangan telah berjaya dikutip.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan KEJORA dalam memelihara kelestarian alam sekitar serta memupuk kesedaran awam terhadap pentingnya menjaga kebersihan dan keindahan pantai warisan negeri Johor.
Setinggi penghargaan diucapkan kepada semua atas komitmen yang diberikan. Semoga semangat cintakan alam ini terus hidup dalam komuniti selamanya.






































