Entries by

HARI KELUARGA KEJORA 2016 (23 APRIL 2016)

Sukacita dimaklumkan bahawa Program “Semakin Hari Semakin Sayang” sempena Hari Keluarga KEJORA 2016 akan diadakan pada 23 April 2016 (Sabtu) bertempat di Tanjung Balau. Sehubungan dengan itu, tuan/puan anggota KEJORA semua dengan hormatnya dijemput hadir bersama-sama ahli keluarga masing-masing bagi memeriahkan program di samping mengeratkan silaturahim sesama warga KEJORA.

Iklan Jawatan Kosong – Pekerja Sambilan Harian (PSH)

Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan adalah dipelawa memohon jawatan sebagaimana di bawah : Permohonan hanya boleh dibuat  melalui  Laman Web KEJORA di alamat  kejora.gov.my iaitu pada pautan e-Perjawatan atau di alamat http://eperjawatan.kejora.gov.my Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2016

38 TERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015

Pada 23 hingga 25 Februari 2016 yang lalu, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah mengadakan majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 bertempat di Bangunan MAEPS, Selangor Darul Ehsan. Majlis ini bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada warga KKLW yang menunjukkan prestasi perkhidmatan yang cemerlang pada tahun 2015. Selain itu, majlis ini turut disertai agensi-agensi […]

TAWARAN SEWAAN PREMIS BENGKEL DAN KILANG IKS KEJORA

Tawaran adalah dipelawa kepada pemohon-pemohon Bumiputera yang berminat dan memenuhi syarat-syarat permohonan untuk menyewa premis BENGKEL DAN KILANG IKS Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) sebagaimana berikut : Iklan Tawaran ini akan ditutup pada 13 Mac 2016 jam 5.00 petang. BORANG PERMOHONAN SEWAAN KEDAI BENGKEL IKS