πππππππ ππππππππππ ππππππππππ ππππππ ππ πππππ ππππππ πππππ πππππππππππ πππππ πππππππ ππ πππππππ ππππ ππππππ πππππππ
KOTA TINGGI, 5 Mac – Lawatan pemantauan bagi melihat dan memantau prestasi di tapak projek Pusat Penternakan Lebah Kelulut di Kampung Baru Sungai Seluyut, Kota Tinggi telah diadakan oleh Pengurusan KEJORA. Lawatan pemantauan projek yang diketuai oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA adalah untuk memastikan pihak kontraktor melaksanakan kerja-kerja di tapak sebagaimana kelulusan perancangan sebelum ini dan projek dapat disiapkan mengikut tempoh masa.
Pembangunan Pusat Penternakan Lebah Kelulut di Kampung Baru Sungai Seluyut, Kota Tinggi ini merupakan inisiatif KEJORA untuk menjadikan kawasan ini sebagai sebuat pusat agrotourism di samping merancakkan lagi aktiviti ekonomi pertanian masyarakat setempat.
Kontraktor diingatkan supaya mengambil langkah proaktif dengan menambah bilangan pekerja mahir di tapak bagi memastikan kerja-kerja di tapak dapat disiapkan mengikut jadual agar manfaat pembangunan dapat dinikmati oleh golongan sasar dan menjadikan antara lokasi pilihan pelancong ke daerah Kota Tinggi sempena Tahun Melawat Johor 2026.
LAWATAN KERJA JAWATANKUASA AUDIT KEJORA KE LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG (PERDA) SEMPENA MESYUARAT KOLABORASI JAWATANKUASA AUDIT KEJORA
PULAU PINANG, 27 Februari β Delegasi Jawatankuasa Audit KEJORA yang diketuai oleh YB Senator Datoβ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah KEJORA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Audit KEJORA telah mengadakan lawatan kerja ke Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA). Lawatan kerja turut dihadiri oleh YBhg. Datin Zaeidah binti Mohamed Esa, YBrs. Encik Tuan Ahmad bin Tuan Wil serta Encik Mohamad Rizal bin Mohd Hidzir, Ketua Unit Audit Dalam bersama anggota Unit Audit Dalam KEJORA.
Lawatan kerja ini merupakan sebahagian daripada aktiviti kolaborasi antara Jawatankuasa Audit KEJORA dan Jawatankuasa Audit PERDA yang bertujuan untuk berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran berkaitan pelaksanaan pengauditan yang lebih berkesan sebagai usaha penambahbaikan pada masa akan datang.
Lawatan kerja ini telah disambut oleh Tuan Haji Anuar bin Shahab, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA, YBrs. Encik Azize bin Taib, Pengerusi Jawatankuasa Audit PERDA dan Puan Norasyikin binti Mat Isa, Ketua Unit Audit Dalam PERDA. Sesi lawatan kerja ini telah dibawa melawat PERDA-FOOD PARK bagi meninjau operasi dan inisiatif dalam membangunkan usahawan Bumiputera termasuk lawatan ke Agrotourism PERDA yang meliputi Sungai Kulim dan Sungai Perai. Delegasi turut diberi peluang mengikuti aktiviti βKampung Trailβ, mempelajari pembuatan makanan tradisional seperti tapai, madu kelulut dan dodol serta mencuba permainan tradisional seperti “cakplom” dan senapang bemban.
SIMBOLIK SAMBUTAN BULAN RAMADAN 1446H | 2025
KOTA TINGGI, 28 Februari – Pengurusan KEJORA telah berbesar hati untuk menyumbang cenderahati berupa kurma kepada seluruh warga kerja KEJORA sempena menyambut kedatangan Bulan Ramadan 1446H/ 2025. Simbolik penyerahan telah disampaikan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA sebagai tanda kemanisan dan kebersamaan meraikan bulan yang mulia ini.
Pengurusan KEJORA mendoakan semoga ibadah puasa pada tahun ini disambut dengan penuh rasa syukur dan diberkati olehNya.
MESYUARAT PENYELARASAN PPRS KKDW DENGAN AGENSI PELAKSANA
KOTA TINGGI, 27 Februari – KEJORA berbesar hati menerima kehadiran delegasi Mesyuarat Penyelarasan PPRS KKDW dengan Agensi Pelaksana yang diadakan di Bilik Mesyuarat Penawar, Ibu Pejabat KEJORA. Mesyuarat yang diurusetiakan oleh Bahagian Kesejahteraan Rakyat (BKR) KKDW turut melibatkan kehadiran semua Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) dan Agensi yang berkaitan. Kehadiran delegasi ini telah diraikan dengan Majlis Makan Malam di Bayu Balau Beach Resort bersama Pengurusan KEJORA.
ππππππππππ πππππππππππ πππππππππ πππππππππ π.π @ πππππππ πππππ π πππ ππππ
KOTA TINGGI, 16 Februari β Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah berjaya buat julung kalinya menganjurkan Program Belungkor Challenge 1.0 bersempena penganjuran Tanjung Surat Fest 2025. Program ini telah menarik penyertaan seramai 330 orang yang menjadikan acara ini lebih meriah.
Program ini telah dimulakan dengan aktiviti senamrobik dan seterusnya acara pelepasan peserta yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Aznan bin Tamin , ADUN Tanjung Surat merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor dan Ahli Lembaga Pengarah KEJORA bersama-sama Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA dan Pengurusan KEJORA.
Majlis turut diserikan dengan acara cabutan bertuah kepada peserta yang berjaya menamatkan acara Belungkor Challenge (Walking, Hiking & Running) serta penyampaian hadiah pertandingan swafoto paling kreatif.
Program ini merupakan antara inisiatif KEJORA untuk mempromosikan produk pelancongan sukan dan rekreasi di daerah Kota Tinggi, Johor terutamanya di Tanjung Belungkor bersempena Tahun Melawat Johor 2026 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan dan memberi sokongan dalam penganjuran buat julung kalinya ini.