KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) KEJORA TAHUN 2023

Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) KEJORA Tahun 2023 telah diadakan pada 28 November 2023 bertempat di Dewan KEJORA, Bandar Penawar.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Mohd Hanafi bin Jantan, Pengurus Perancangan Strategik. Dalam ucapannya, beliau percaya bahawa pembangunan Wilayah KEJORA atau KEJORA 2.0 akan diterajui oleh kekuatan daya imaginasi, inovasi dan kreativiti. Idea dan keunikan, dibantu oleh kecanggihan teknologi merupakan wahana utama dalam memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan.
Beliau berharap agar anggota KEJORA menjadikan budaya “berfikir di luar kebiasaan” sebagai suatu kebiasaan. Sekiranya sebelum ini KEJORA menerima “complaint as a gift” dari para pelanggan bagi memperbaiki tahap perkhidmatan, maka kini KEJORA perlu memberikan “kejutan gembira” pula kepada pelanggan KEJORA dengan “hadiah” perkhidmatan yang responsif, mesra, cekap dan pastinya memudahkan, yang berteraskan ketelusan dan integriti. Ianya juga sejajar dengan objektif KIK iaitu menambahbaik dan meningkatkan kualiti serta produktiviti kerja khususnya dalam sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
Pada hari ini, sebanyak 11 kumpulan telah menyertai konvensyen tahun ini iaitu Kumpulan Sinergi, Speed Empire, Genesis, Prospek, Teravolt, Crypto Coin, Ultimate, Unite, Omega-10, Prima Facie dan Agro. Konvensyen pada tahun ini diadili oleh Puan Azimah binti Adnan dan Encik Mazuan bin Salih daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Selatan.
“Jika anda ingin cepat, pergilah sendiri. Bila ingin pergi jauh, mesti bersama-sama” ~ .
Jumpa nanti pada Sambutan Hari Inovasi, Integriti dan Psikologi KEJORA Tahun 2023 yang akan diadakan pada 30 November 2023 bagi mengetahui siapakah yang bakal merangkul JOHAN KONVENSYEN KIK KEJORA TAHUN 2023.

PROGRAM AKRAB KOMUNITI WILAYAH KEJORA ZON KOTA TINGGI DAN ZON SEDILI

25 November, Kota Tinggi – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara KEJORA melalui Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa (PSPD) dengan kerjasama JPKK Kampung Sungai Telor telah melaksanakan Program Akrab Komuniti Wilayah KEJORA Zon Kota Tinggi dan Zon Sedili pada 25 November 2023 (Sabtu) bertempat di Kampung Sungai Telor, Kota Tinggi.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Tenggara, YB Tuan Tn. Hj. Manndzri bin Hj. Nasib. Di dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa penduduk luar bandar memainkan peranan yang penting dalam membangunkan sesuatu kawasan. Lebih dari sekadar infrastruktur, pembangunan sahsiah penduduk adalah titik fokus dalam memastikan perkembangan yang seimbang dan berkekalan.
Beliau menambah, sikap kejujuran, daya ketahanan, dan semangat gotong-royong adalah ciri-ciri yang akan memperkukuhkan komuniti luar bandar. Pembangunan sahsiah individu membawa impak yang besar kepada keharmonian dan kemajuan kawasan ini.
Akrab Komuniti yang berlangsung selama satu hari ini telah disertai oleh 17 buah kampung di dalam Wilayah KEJORA yang berada di Zon Kota Tinggi dan Zon Sedili termasuk pasukan dari KEJORA. Program ini melibatkan 5 acara sukan yang dipertandingkan iaitu Futsal, Bola Jaring, Liga Penalti, Sepak Takraw, dan Memancing.
Turut berlangsung pada hari yang sama adalah acara LDM MTB Jamboree V1.0 yang dilaksanakan oleh Lanchara De Malayos dan JPKK Kampung Sungai Telor. Program ini telah melibatkan hampir 800 orang pelumba dari seluruh negara mengharungi laluan perlumbaan yang mencabar di sekitar Kampung Sungai Telor.
Pihak KEJORA mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengerusi dan warga JPKK Zon Kota Tinggi dan Zon Sedili yang terlibat sepanjang penganjuran program Akrab Komuniti 2023.
“Ingatlah, pembangunan komuniti bukanlah sekadar tentang pembinaan struktur fizikal, tetapi lebih kepada mengukuhkan ikatan di antara individu-individu yang membentuk komuniti ini” – Ahli Parlimen Tenggara, YB Tuan Tn. Hj. Manndzri bin Hj. Nasib.

BAHTERA KEJORA, LAMAN KELULUT, JONG, JUALAN USAHAWAN JADI TARIKAN DI KUD @ PUTRAJAYA 2023

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) merancakkan lagi sambutan di Karnival Usahawan Desa (KUD) @ Putrajaya 2023 di Anjung Floria, dengan menampilkan beberapa keunikan.
Bahtera KEJORA, Laman Kelulut dan permainan Jong Tanjung Surat menjadi taruhan di pameran KUD @ Putrajaya 2023 dibawa khas untuk dipamerkan sebagai tarikan pelancongan luar bandar serta keunikan Wilayah KEJORA.
Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim telah hadir di Bahtera KEJORA bagi melihat sendiri keunikan bahtera disamping tarian zapin Johor. Sebelum itu, YAB Dato’ Seri Perdana Menteri telah merasmikan KUD @ Putrajaya 2023.
Ayuh Warga Malaysia, hadir kan diri anda ke Anjung Floria, Putrajaya untuk menyaksikan sendiri keunikan Karnival Usahawan Desa yang dibawakan khas oleh KKDW.

LKJT/UT/KG.BARU SG. SELUYUT/P/ 2022/K322 CADANGAN KERJA-KERJA MEMBINA DAN MENYIAPKAN PUSAT PENTERNAKAN LEBAH KELULUT

CADANGAN KERJA-KERJA MEMBINA DAN MENYIAPKAN PUSAT PENTERNAKAN LEBAH KELULUT DI SEBAHAGIAN PTD 5951 (PLOT 2) SELUAS 12.74 EKAR, KAMPUNG BARU SUNGAI SELUYUT, MUKIM KOTA TINGGI, DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TA’ZIM         


Tarikh:  6 DISEMBER 2023 (Rabu)
Masa:  10.00 pagi
Tempat: BILIK TAKLIMAT KEJORA, BANGUNAN IBU PEJABAT KEJORA, JALAN DATO’ HJ HASSAN YUNUS, 81930 BANDAR PENAWAR, JOHOR DARUL TA’ZIM  

  1. Naskah Meja Tawaran akan dipamerkan mulai 29 NOVEMBER 2023 (Rabu) hingga 27 DISEMBER 2023 (Rabu), semasa waktu pejabat di Unit Teknikal, Bangunan Ibu Pejabat KEJORA, Jalan Dato’ Hj. Hassan Yunus, 81930 Bandar Penawar, Johor Darul Ta’zim.
  2. Dokumen tender akan dijual mulai 6 DISEMBER 2023 (Rabu), di kaunter Bahagian Kewangan, Bangunan Ibu Pejabat KEJORA, Jalan Dato’ Hj. Hassan Yunus, 81930 Bandar Penawar, Johor Darul Ta’zim sehingga 20 DISEMBER 2023 (RABU). Kontraktor dikehendaki membawa sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah sehingga tarikh tutup tender. Satu salinan sijil-sijil tersebut juga mesti dibawa semasa membeli dokumen tender.
  3. Pembelian dokumen tender melalui FPX Online banking (Senangpay) yang boleh diakses melalui laman web Lembaga Kemajuan Johor Tenggara. Pembelian dokumen tender juga boleh dibuat menggunakan Kad Debit atau Kad Kredit di Kaunter Bahagian Kewangan, Bangunan Ibu Pejabat KEJORA, Jalan Dato’ Hj. Hassan Yunus, 81930 Bandar Penawar, Johor Darul Ta’zim, berharga seperti yang dinyatakan dalam jadual di atas dan bayaran ini tidak dikembalikan.
  4. SESI TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK ADALAH DIWAJIBKAN. Kehadiran Pemilik Syarikat adalah DIWAJIBKAN serta dikehendaki membawa sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah sehingga tarikh tutup tender. Bagi Syarikat yang telah menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak pada 29 November 2023 TIDAK PERLU hadir semula ke sesi taklimat dan lawatan tapak tersebut.
  5. Tender ini akan ditutup pada 27 DISEMBER 2023 (Rabu) Dokumen Tender hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeterai serta dilabelkan seperti tajuk kerja di atas dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di Bahagian Kewangan, Bangunan Ibu Pejabat KEJORA, Jalan Dato’ Hj. Hassan Yunus, 81930 Bandar Penawar, Johor Darul Ta’zim pada hari tersebut sebelum jam 00 tengah hari.PUSAT PENTERNAKAN KELULUT SELUYUT

 

LKJT/UT/KG.BARU SG. SELUYUT/P/ 2022/K322 CADANGAN KERJA-KERJA MEMBINA DAN MENYIAPKAN PUSAT PENTERNAKAN LEBAH KELULUT

LKJT/UT/KG.BARU SG. SELUYUT/P/ 2022/K322 CADANGAN KERJA-KERJA MEMBINA DAN MENYIAPKAN PUSAT PENTERNAKAN LEBAH KELULUT DI SEBAHAGIAN PTD 5951 (PLOT 2) SELUAS 12.74 EKAR, KAMPUNG BARU SUNGAI SELUYUT, MUKIM KOTA TINGGI, DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TA’ZIM   

  1. Sesi Taklimat : 29 November 2023 (Rabu)

10.00 Pagi

Bilik Taklimat KEJORA, Bangunan Ibu Pejabat KEJORA.

  1. Naskah Meja Tawaran akan dipamerkan mulai 29 NOVEMBER 2023 (Rabu) hingga 20 DISEMBER 2023 (Rabu), semasa waktu pejabat di Unit Teknikal, Bangunan Ibu Pejabat KEJORA, Jalan Dato’ Hj. Hassan Yunus, 81930 Bandar Penawar, Johor Darul Ta’zim.
  2. Dokumen tender akan dijual mulai 29 NOVEMBER 2023 (Rabu), di kaunter Bahagian Kewangan, Bangunan Ibu Pejabat KEJORA, Jalan Dato’ Hj. Hassan Yunus, 81930 Bandar Penawar, Johor Darul Ta’zim sehingga 13 DISEMBER 2023 (RABU). Kontraktor dikehendaki membawa sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah sehingga tarikh tutup tender. Satu salinan sijil-sijil tersebut juga mesti dibawa semasa membeli dokumen tender.
  3. Pembelian dokumen tender melalui FPX Online banking (Senangpay) yang boleh diakses melalui laman web Lembaga Kemajuan Johor Tenggara. Pembelian dokumen tender juga boleh dibuat menggunakan Kad Debit atau Kad Kredit di Kaunter Bahagian Kewangan, Bangunan Ibu Pejabat KEJORA, Jalan Dato’ Hj. Hassan Yunus, 81930 Bandar Penawar, Johor Darul Ta’zim, berharga seperti yang dinyatakan dalam jadual di atas dan bayaran ini tidak dikembalikan.
  4. SESI TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK ADALAH DIWAJIBKAN. Kehadiran Pemilik Syarikat adalah DIWAJIBKAN serta dikehendaki membawa sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah sehingga tarikh tutup tender.
  5. Tender ini akan ditutup pada 20 DISEMBER 2023 (Rabu) Dokumen Tender hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeterai serta dilabelkan seperti tajuk kerja di atas dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di Bahagian Kewangan, Bangunan Ibu Pejabat KEJORA, Jalan Dato’ Hj. Hassan Yunus, 81930 Bandar Penawar, Johor Darul Ta’zim pada hari tersebut sebelum jam 00 tengah hari.

                                                              

IKLAN 22.11.2023 – PUSAT PENTERNAKAN KELULUT SELUYUT

SESI LIBAT URUS JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JPKK) WILAYAH KEJORA 2023

Pihak Lembaga Kemajuan Johor Tenggara KEJORA melalui Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa (PSPD) telah melaksanakan Sesi Libat Urus JPKK Wilayah KEJORA pada 10 hingga 12 November 2023 (Khamis – Ahad) bertempat di Hotel Grand Continental, Kula Teregganu. Sesi Libat Urus JPKK Wilayah KEJORA ini bertujuan untuk memperkasakan dan mengaktifkan peranan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) wilayah KEJORA dalam semua aspek pentadbiran dan pengurusan organisasi.
Sesi Libat Urus berlangsung selama tiga hari dua malam ini telah disertai oleh 25 orang pengerusi atau wakil JPKK Wilayah KEJORA. Program ini memerlukan setiap kampung untuk membuat pebentangan berkenaan isu dan masalah utama serta aspirasi kampung seliaan masing-masing.
Sesi Libat Urus ini jugak melibatkan sesi taklimat bersama pengurus dan pegawai bahagian KEJORA iaitu Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa, bersama JPKK bagi menerangkan peranan KEJORA dan aktiviti-aktiviti serta program yang akan dijalankan. Selain itu juga, berkongsi pandangan dan pertanyaan terus bagi memperkasakan peranan JPKK dalam pembangunan wilayah KEJORA sebagaimana teras Dasar Pembangunan Luar Bandar.
Berlangsung juga sesi pembentangan Rolling Plan Keempat bagi Tahun 2024 KEJORA dan Kajian Hala Tuju Kampung Wilayah KEJORA yang dibentangkan oleh pengurus Bahangian Perancangan Strategik, En. Hanafi Bin Jantan serta pembentangan dari, Pengerusi Majlis Belia Daerah Kota Tinggi, Encik Mohamad Khairul Nizam Bin Abd Rahman, berkongsi pandangan dan idea berkenaan peranan Majlis belia daerah Kota tinggi serta isu dan inspirasi belia.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) menjalankan tugas Pengurus Besar KEJORA, En. Daud bin Abd. Rahman. Di dalam ucapannya, beliau mengingatkan peranan besar KEJORA terhadap pembangunan dan kemajuan Kampung terutamanya dari aspek sosial dan salsiah masyarkat. Turut berlangsung semasa sesi perasmian dan pernutup, adalah sesi penyampaian Anugerah Kampungku Semarak Merdeka yang berlangsung sepanjang bulan ogos yang lalu.
Semoga sesi Libat Urus ini dapat memeberi manfaat kepada para peserta sekaligus dapat merapatkan lagi jalinan hubungan silaturahim antara Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan pengurusan KEJORA serta memperkasakan dan mengaktifkan lagi peranan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) wilayah KEJORA dalam semua aspek pentadbiran dan pengurusan organisasi.

KURSUS USAHAWAN MUDA DIGITAL WILAYAH KEJORA-ERA PERNIAGAAN ATAS TALIAN @ TIKTOK TAHUN 2023

KEJORA melalui Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa (PSPD) telah melaksanakan Kursus Usahawan Muda Digital Wilayah KEJORA – Era Perniagaan Atas Talian @ TikTok Tahun 2023 pada 11 November 2023 (Sabtu) bertempat di Hotel Amasari, Desaru.
Kursus Usahawan Muda Digital Wilayah KEJORA – Era Perniagaan Atas Talian @ TikTok yang dilaksanakan pada kali ini yang merupakan julung kalinya diadakan melibatkan belia-belia dalam wilayah KEJORA seramai 50 orang.
KEJORA telah mengambil inisiatif bagi membantu khususnya belia-belia di dalam wilayah KEJORA bagi meningkatkan ekonomi dan pendapatan isi rumah melalui platform TikTok melalui strategi dan kepentingan “live streaming”, cara membuka akaun Tiktok Shop / TikTok Seller Centre, teknik-teknik bekerjasama dengan influencer, teknik menghasilkan pendapatan melalui penghasilan video TikTok serta teknik shopping menggunakan e-wallet TikTok.
Selain itu, para peserta juga dibekalkan dengan pakej sistem automasi bisnes melalui sistem ‘e-serve’ bagi pemudahcara pelanggan membeli dihujung jari, telcoprenuer daripada TuneTalk, serta sistem ‘Buy Now Pay Later’ bagi menjana pendapatan peserta.
Semoga program yang dilaksanakan dapat menyuntik semangat berdikari serta menyedarkan peserta kepada peluang-peluang perniagaan serta strategi – strategi yang berkesan dalam meningkatkan lagi hasil jualan dan keuntungan sekaligus menganjak paradigma komuniti luar bandar khususnya dalam Wilayah KEJORA agar mampu berdikari pada masa hadapan.

KEJORA TEROKA PROJEK PELANCONGAN BERIMPAK TINGGI

13 November, Bandar Penawar – KEJORA pada hari ini telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kajian KEJORA bertempat di Hotel Fourpoint by Sheraton Desaru.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) Menjalankan Tugas Pengurus Besar, En. Daud bin Abd. Rahman. Didalam ucapan aluannya, beliau menyatakan keterujaan KEJORA untuk melihat hasil yang sangat produktif serta sesuai dibangunkan di kawasan kajian.
Untuk makluman, pembentangan kajian pada hari ini meliputi 2 kajian yang mana pihak KKDW & KEJORA telah melantik Tetuan Uni-Technologies Sdn. Bhd. (UTSB) yang diketuai oleh YBhg. Prof. Madya Ts Dr Mohd Hisyam Rasidi bagi Kajian Pelan Induk Pembangunan Ekopelancongan Pulau Tanjung Surat, Kota Tinggi, Johor dan Tetuan IIUM Entrepreneurship and Consultancies Sdn. Bhd. (IECSB) yang diketuai oleh YBhg Prof. TPr. Dr. Mariana Mohamad Osman bagi Kajian Program Pembangunan Ekopelancongan Menelusuri Sungai Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor.
Pembentangan yang diberikan oleh kedua-dua pasukan pengkaji telah menunjukkan aspek perancangan, pembangunan, kos pembangunan, risiko serta konsep menyeluruh kepada setiap pembangunan yang dirancang.
Secara dasarnya, KEJORA telah melihat pembangunan sektor pelancongan melalui Program Pelancongan Desa perlu diketengahkan agar dapat mengembalikan kerancakan industri pelancongan luar bandar berpandukan kepada kapasiti sumberjaya yang ada di dalam Wilayah KEJORA terutamanya di daerah Kota Tinggi. Dalam masa yang sama, Pengurusan KEJORA berhasrat untuk mempelbagaikan lagi produk pelancongan di dalam Wilayah KEJORA serta melihat Pembangunan Pelancongan di Pulau Tanjung Surat dan Lembangan Sungai Sedili Besar yang merupakan produk yang sangat berpotensi untuk dimajukan.
Selari dengan itu juga, kajian pembangunan ekopelancongan dicadangkan untuk dilaksanakan bagi mengenalpasti tempat-tempat menarik di Pulau Tanjung Surat dan Lembangan Sungai Sedili Besar yang mempunyai nilai ekopelancongan, warisan, sejarah dan budaya untuk dibangunkan sebagai salah satu Produk Pelancongan Desa di Wilayah KEJORA.
Turut hadir pada hari ini ialah katua-ketua agensi Persekutuan dan Negeri Johor seperti PLANMalaysia, Pejabat Daerah Kota Tinggi, Majlis Daerah Kota Tinggi, Majlis Perbandaran Pengerang, Jabatan Perhutanan Negeri Johor, MOTAC, Tourism Johor serta banyak lagi. Selain itu juga, turut dijemput adalah JPKK Kawasan Sedili dan Kawasan Tanjung Surat serta Pengurusan Kanan KEJORA.
Tahniah kepada KEJORA kerana mengambil langkah awal dalam merancang pembangunan Wilayah Johor Tenggara agar berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah degan kawasan pelancongan yang lain.

KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN BAGI PENERIMA SKIM BANTUAN EKONOMI PELANCONGAN (SBEP) WILAYAH KEJORA TAHUN 2023

KEJORA melalui Bahagian Pelancongan KEJORA telah menganjurkan Kursus Pengurusan Kewangan dan Perakaunan bagi penerima Skim Bantuan Ekonomi Pelancongan (SBEP) Wilayah KEJORA Tahun 2023 yang telah berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 November 2023 bertempat di Felda Residence, Kuala Terengganu, Terengganu.
Kursus yang dianjurkan merupakan syarat wajib kepada penerima SBEP sebelum menerima bantuan kerana kursus ini memberi pendedahan kepada para peserta bagi mempersiapkan penerima bantuan dengan ilmu asas kewangan dan perakaunan, memberi kefahaman bagi menyediakan segala laporan pendapatan yang perlu dikemukakan kepada KEJORA, meningkatkan kualiti perkhidmatan yang akan disediakan oleh penerima serta kaedah pelaksanaan dan pemantauan SBEP.
Majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Daud bin Abd Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA menjalankan tugas Pengurus Besar KEJORA. Turut hadir Puan Suraya Hani binti Sharan Pengurus Pelancongan.
Semoga dengan penganjuran kursus ini, diharapkan semua peserta yang hadir dapat meningkatkan mutu kualiti dalam memperkasakan pengurusan dan perkhidmatan pengusaha-pengusaha pelancongan wilayah KEJORA serta memartabatkan sektor pelancongan di kawasan kampung masing-masing.

PENYERTAAN KEJORA DALAM FESTIVAL USAHAWAN NUSANTAA 2023 (FUN 2023)

Festival Usahawan Nusantara (FUN 2023) merupakan program anjuran Perbadanan Usahawan Johor (PUJB) sebagai salah satu Program Pembangunan Usahawan. Program ini juga melibatkan beberapa buah negara iaitu Indonesia, Singapura dan Thailand.
KEJORA melalui Unit Ekonomi dan Usahawan telah mengambil kesempatan sepanjang FUN 2023 ini bermula pada 2-5 November 2023, bertempat di Stadium Arena, Larkin Johor Bahru untuk mempromosikan produk usahawan bimbingan KEJORA bagi memperluas pasaran produk usahawan ke peringkat domestik dan antarabangsa.
Program ini telah dirasmikan oleh Wakil Rasmi Menteri Besar Johor iaitu YB Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor.
Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang FUN 2023 tersebut termasuk pameran dan jualan produk usahawan, aktiviti demonstrasi penghasilan produk komuniti, seminar dan sesi komuniti usahawan.
Tahniah diucapkan kepada KEJORA.