KEJORA OFF THE CLOCK: BILA GM & PEGAWAI TURUN PADANG… TAPI KALI NI JADI PENYOKONG!
Kerja kita serius, tapi sekali-sekala kena juga chill, santai dan enjoy! 
Kali ini, menerusi KEJORA OFF THE CLOCK, YBrs. Encik Mohd Gadaffie bin Abd Aziz, Pengurus Besar KEJORA meluangkan masa bersama pegawai lelaki KEJORA menyaksikan aksi bola sepak antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Pulau Pinang FC di Stadium Sultan Ibrahim.
Bukan sekadar datang tengok bola, tetapi peluang untuk merasai sendiri pengalaman istimewa menyaksikan perlawanan dari Corporate Box dengan suasana yang cukup selesa, eksklusif dan tentunya penuh semangat menyokong Harimau Selatan!
Paling best, petang ini tiada agenda mesyuarat, tiada pembentangan dan tiada protokol! Hanya Pengurus Besar dan pegawai berborak santai, berkongsi cerita, bergelak ketawa serta mengenali satu sama lain dalam suasana yang lebih terbuka dan mesra.
Kadang-kadang, hubungan kerja yang baik bukan hanya terbina di pejabat atau bilik mesyuarat, tetapi juga melalui perbualan santai dan pengalaman yang dikongsi bersama.
Dan jangan risau, KEJORA OFF THE CLOCK akan terus bersambung! Lebih banyak aktiviti santai, lebih banyak pengalaman menarik dan lebih banyak ruang untuk mengeratkan hubungan sesama warga KEJORA.
Sebab di KEJORA, kita bukan sekadar bekerja sebagai satu pasukan, tetapi membina keserasian, kepercayaan dan semangat kebersamaan.
ON THE CLOCK, KITA KOMITED.
OFF THE CLOCK, KITA CONNECTED!






































