KEJORA 2.0: FAHAMI MASALAH, TELITI IDEA
Idea yang menarik belum tentu menyelesaikan masalah sebenar. Sebab itu, setiap cadangan perlu bermula dengan pemahaman yang jelas tentang keperluan masyarakat.
Pengurusan KEJORA bersama Pengurusan Kumpulan Anak Syarikat KEJORA telah mengikuti Kursus On-Boarding Makmal Idea bagi Pendekatan Gate Zero & Mini Idea Discipline pada 14 Oktober 2026 di Bilik Taklimat, Ibu Pejabat KEJORA, Bandar Penawar.
Melalui perbincangan dan latihan berkumpulan, peserta dibimbing untuk memahami masalah sebenar, membezakan fakta dengan andaian serta meneliti idea sebelum membangunkannya menjadi cadangan.
Terima kasih kepada Profesor Gs. Dr. Rosmadi Fauzi, Encik Firdaus Zulkifli dan Encik Mohd Azlin Ghani atas perkongsian ilmu yang menggabungkan pemahaman keperluan masyarakat, Teori Perubahan dan sains sosial.
Sebagai kesinambungan Bengkel Teori Perubahan, sesi ini meneruskan usaha KEJORA 2.0 dalam membina Institusi Berfikir yang lebih teliti merancang dan berhemah menggunakan sumber. Usaha ini akan diteruskan melalui siri seterusnya bersama pegawai KEJORA.
Idea yang baik bermula dengan pemahaman masalah yang tepat.



















































