LKJT/PBPP/ TSP/P/2024/ K328 CADANGAN MENYIAPKAN BAKI KERJA BAGI PROJEK MENAIKTARAF BANGUNAN KEDAI PEJABAT 2 TINGKAT BAGI PEMBANGUNAN KEJORA BEST OUTLET (KBO) DI PTD 10956 DAN PTD 10957, TAMAN SRI PENAWAR, MUKIM TANJUNG SURAT, DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TA’ZIM

IKLAN TENDER KEJORA 7 NOVEMBER 2024

IKLAN PELAWAAN PERMOHONAN SKIM BANTUAN PERTANIAN BERKELOMPOK (SBPK) SIRI 2 TAHUN 2024

IKLAN SBPK SIRI 2 2024

BORANG PERMOHONAN – SBPK

IKLAN TAWARAN SEWAAN RUANG NIAGA KEJORA BIL. 2/2024

Iklan Premis bil 2.2024

πŠπ„π‰πŽπ‘π€ π€πƒπ€πŠπ€π 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 πŠπ”π‘π’π”π’ πŠπ„ π’ππ‘πŒ ππ„π†π„π‘πˆ π‰πŽπ‡πŽπ‘

Johor Bahru, 16 Oktober – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah mengadakan Lawatan Integriti ke Kompleks Pejabat Suruhannajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor yang diketuai oleh Ketua Unit Integriti, YBrs. En. Mus-Irwan bin Misrom.
Lawatan yang disertai oleh 41 orang anggota ini adalah bersempena Kursus Pengukuhan Integriti KEJORA Tahun 2024 yang melibatkan Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Sokongan. Kursus dan lawatan ini dimulakan dengan ceramah pengukuhan integriti yang disampaikan oleh PKPs Mohd Hassan bin Sulaimi dari Unit Pendidikan Masyarakat (PenMas) SPRM Johor. Intipati ceramah ini adalah berkaitan pendidikan anti rasuah yang perlu difahami di setiap lapisan Penjawat Awam.
Kesemua peserta juga berpeluang melawat fasiliti siasatan SPRM Johor seperti lokap SPRM, bilik rakaman bervideo (VIR) dan kawad cam yang dibantu oleh Cawangan Siasatan dan Cawangan Keselamatan SPRM Johor.
Semoga lawatan dan kursus ini dapat memberikan pengalaman dan kesedaran mengenai budaya rasuah kepada semua pegawai Lembaga Kemajuan Johor Tenggra (KEJORA).

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐂𝐀𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 π”ππƒπˆπ€π ππ€π†πˆ 𝐂𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€-πŠπ„π‘π‰π€ πƒπˆ πŠπ„π‰πŽπ‘π€ ππˆπ‹π€ππ†π€π πŸ“ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ’

BANDAR PENAWAR, 14 Okt – Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil telah menyempurnakan cabutan kerja secara undian bilangan 5 tahun 2024 bagi kerja-kerja membaikpulih rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Wilayah KEJORA Tahun 2024 di Dewan KEJORA, Bandar Penawar.
Kerja undian pada hari ini adalah merangkumi 3 kerja baikpulih rumah PPRT di Daerah Kota Tinggi dan 1 kerja baikpulih rumah PPRT di Daerah Kluang.
Pihak KEJORA mengucapkan tahniah kepada kontraktor yang berjaya dan berharap projek ini siap sepenuhnya mengikut kepada spesifikasi serta tempoh masa yang telah ditetapkan.

PENYERAHAN KIT BANTUAN BENCANA KEJORA

KOTA TINGGI, 26 September – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menyerahkan kit bantuan bencana kepada mangsa ribut Wilayah Johor Tenggara pada 25 dan 26 September 2024.
YBrs. Encik Mohd Ashek bin Mohd Hassan, Pengurus Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia mewakili Pengurusan KEJORA telah menyerahkan kit bantuan bencana kepada 32 Ketua Isi Rumah/wakil mangsa yang terlibat sepertimana berikut:-
Daerah Kota Tinggi
1. 18 buah rumah di Kampung Mawai Baru;
2. 1 buah rumah di Kampung Temenin;
3. 3 buah rumah di Kampung Semanggar Dalam; dan
4. 1 buah rumah di Kampung Rantau Panjang.
Daerah Kluang
1. 7 buah rumah Kampung Paya, Layang-Layang; dan
2. 2 buah rumah di Kampung Dato’ Ibrahim Majid, Simpang Renggam.
Semoga sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa bencana alam ini.
KEJORA mendoakan agar semua urusan mangsa dan keluarga yang terkesan dengan musibah pada kali ini dipermudahkan oleh-Nya.

ππ€π“π‘πˆπŽπ“πˆπŠ 𝐅𝐔𝐍 𝐑𝐔𝐍 @ πŠπ„π‰πŽπ‘π€ πŸπŸŽπŸπŸ’

KLUANG, 21 September – Telah berlangsung “Patriotik Fun Run @ KEJORA 2024” yang diadakan di Kampung Tengah, Kluang, Johor.
Sebagai rekod, seramai hampir 400 orang peserta yang menyertai larian riadah pada awal pagi ini.
Majlis pelepasan peserta telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Hj. Abd. Halim bin Hj Suleiman, Timbalan Pengerusi, Lembaga Pengarah KEJORA. Pelbagai acara sampingan turut diadakan seperti mewarna kanak-kanak, pertandingan rebut kerusi dan bola beracun.
Majlis turut diserikan dengan pelbagai hadiah cabutan bertuah kepada semua peserta yang berjaya menamatkan larian.
Terima kasih dari KEJORA atas sokongan dan kehadiran anda dalam menjayakan Patriotik Fun Run @ KEJORA 2024.
#PenerajuTerasKemakmuran

MALAM KLUANG BERSELAWAT

KLUANG, 19 September 2024 – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dengan kerjasama KEMAS Johor telah mengadakan Malam Kluang Berselawat sempena Bulan Maulidur Rasul di Masjid Kampung Tengah di sini.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi telah hadir untuk mengimarahkan Program Malam Kluang Berselawat yang dipimpin oleh Kumpulan Qasidah Ar-Rayyan serta penampilan khas saudara Azwan dari kumpulan Nasyid Fareast. Penganjuran Malam Kluang Berselawat ini adalah untuk mengingati junjungan besar Nabi Muhammad s.w.t serta membentuk keperibadian mulia serta merapatkan ukhwah dengan penduduk kampung.
Program yang berjaya mengumpulkan hampir 2000 orang ini juga telah dipancarkan secara langsung melalui FB Live untuk membolehkan orang ramai turut serta berselawat secara Maya walau pun berada di luar Daerah Kluang
YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Zahari bin Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, YB Tuan Haji Mohd. Fared bin Haji Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YBhg. Tn Hj Rafi bin Abdullah, Pegawai Daerah Kluang turut bersama sama turun berselawat dengan penduduk setempat.
Turut hadir juga adalah YB Senator Dato’ Hj Abdul Halim bin Hj Suleiman, Timbalan Pengerusi KEJORA, Ahli-ahli Lembaga Pengarah KEJORA, YBrs. Pn. Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), YBrs. Puan Nurul Aishah binti Mohammadon, Pengurus Kanan, Pemegang Taruh dan Projek Khas, Pengurusan KEJORA serta anggota-anggota KEJORA.
Antara tanda kita kasihkan Nabi Muhammad saw adalah dengan memperbanyakkan menyebut dan berselawat kepada Baginda
Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ΅Ω„ΩŠ ΨΉΩ„Ω‰ Ψ³ΩŠΨ―Ω†Ψ§ و Ω…ΩˆΩ„Ψ§Ω†Ψ§ Ω…Ψ­Ω…Ψ―

𝐂𝐀𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 π”ππƒπˆπ€π π…πˆπ™πˆπŠπ€π‹ ππ€π†πˆ ππ‘πŽπ‰π„πŠ 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐀 & ππ‘πŽπ‰π„πŠ π€πŒπ„ππˆπ“πˆ π’πŽπ’πˆπ€π‹ πƒπˆ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπ‹π”π€ππ† ππˆπ‹. πŸ’/πŸπŸŽπŸπŸ’

Sesi cabutan undian bagi pelaksanaan Kerja-Kerja Cadangan Projek Jalan Perhubungan Desa & Projek Ameniti Sosial Bil.04/2024 telah diadakan pada 8 September 2024 di Bilik Taklimat, Ibu Pejabat KEJORA, Bandar Penawar.
Cabutan undi ini merangkumi 2 Projek Jalan Perhubungan Desa dan 2 Projek Pembangunan Ameniti Sosial.
Sebagai rekod, untuk tahun 2024, sebanyak RM960 ribu telah diperuntukkan untuk Projek Ameniti Sosial, Projek Jalan Perhubungan Desa Serta Jalan Pertanian di dalam Daerah Kluang.
Tahniah dan syabas kepada semua kontraktor yang berjaya dalam tawaran kerja KEJORA melalui proses cabutan undi yang diadakan.
Menjadi harapan KEJORA agar penyiapan kerja-kerja ini membantu dalam merealisasikan elemen kesejahteraan luar bandar terutama di dalam Wilayah KEJORA.