Siapa bakal menjadi bintang bola sepak Wilayah KEJORA?
Program Jejak BAKAT KEJORA 2026 telah membuka tirai dengan penuh meriah menerusi Sesi Pemilihan Peserta yang berlangsung pada 2 Ogos 2026 (Ahad) di Stadium KEJORA, Bandar Penawar.
Sepanjang sesi pemilihan, setiap peserta dinilai oleh barisan jurulatih berpengalaman berdasarkan kemahiran asas, kecergasan fizikal, disiplin, komitmen serta potensi untuk dibentuk sebagai atlet masa hadapan.
Daripada puluhan bakat yang hadir, 30 pemain terbaik telah berjaya dipilih untuk menyertai Program Jejak BAKAT KEJORA 2026.
Buat adik-adik yang belum berjaya, jangan berhenti bermimpi. Teruskan berlatih, teruskan berusaha kerana setiap cabaran hari ini adalah langkah menuju kejayaan esok.
KEJORA komited membina ekosistem pembangunan sukan yang mampan melalui usaha mencungkil, membimbing dan melahirkan bakat-bakat muda yang berpotensi mengharumkan nama Wilayah KEJORA dan Negeri Johor di pentas yang lebih tinggi.
Jejak Bakat KEJORA 2026
Mencari Bakat. Membina Juara.
Luaskan Kuasamu












































