header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
KURSUS PENERIMAAN DAN PENDAFTARAN ASET TAK ALIH KEJORA 2026
Unit Pengurusan Fasiliti (UPF) KEJORA telah menganjurkan Kursus Penerimaan dan Pendaftaran Aset Tak Alih KEJORA 2026 pada 28 hingga 29 Julai 2026 bertempat di Bilik Taklimat KEJORA.
Kursus ini bertujuan memperkukuh pengetahuan dan kefahaman warga KEJORA mengenai tatacara penerimaan, pendaftaran serta pengurusan aset tak alih yang sistematik, teratur dan mematuhi peraturan yang berkuat kuasa.
Majlis telah disempurnakan oleh Encik Mus-Irwan bin Haji Misroom, Ketua Unit Pengurusan Fasiliti KEJORA. Sepanjang kursus, para peserta telah mendapat perkongsian ilmu dan pengalaman daripada penceramah jemputan Puan Siti Syahielah binti Abdul Ghani, Jurukur Bangunan serta Puan Siti Norasikin binti Mohd Nasir, Jurutera Mekanikal dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.
Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam memperkasakan pengurusan aset tak alih di KEJORA ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berintegriti dan berkesan.