header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
BILA KEJORA MULA BERFIKIR TENTANG MASA HADAPAN
Bagaimanakah kita membuat keputusan hari ini untuk dunia yang belum wujud esok?
Persoalan inilah yang menjadi teras Bengkel Futures Thinking and Strategic Foresight KEJORA yang telah berlangsung pada 31 Julai 2026 di Four Points by Sheraton Desaru.
Dikendalikan oleh Dr. Jared Poon, Founder and Principal Consultant, Counter-Fictional, bengkel ini membuka perspektif baharu kepada anggota KEJORA tentang bagaimana organisasi perlu melihat masa hadapan bukan sebagai sesuatu yang perlu diramal, tetapi sesuatu yang perlu difahami, diterokai dan dipersiapkan.
Seramai 45 orang peserta yang terdiri daripada Pengurusan, pegawai KEJORA serta Kumpulan Anak Syarikat KEJORA telah mengikuti sesi perkongsian ilmu, perbincangan strategik dan aktiviti kumpulan yang memberi pendedahan kepada kaedah mengenal pasti trend, signal awal perubahan (weak signals), menguji andaian semasa serta membina pelbagai senario masa hadapan yang berpotensi memberi kesan kepada organisasi.
Melalui pendekatan Strategic Foresight, peserta didorong untuk beralih daripada hanya menyelesaikan cabaran semasa kepada membina keupayaan membaca perubahan, menjangka kemungkinan dan membuat keputusan yang lebih bersedia menghadapi ketidaktentuan. Inilah asas kepada organisasi yang bukan sekadar bertindak balas terhadap perubahan, tetapi mampu membentuk perubahan itu sendiri.
Program telah disempurnakan oleh Encik Mohd Gadaffie bin Abd Aziz, Pengurus Besar KEJORA, yang menegaskan bahawa dalam dunia yang sentiasa berubah, organisasi perlu membudayakan pemikiran strategik, memperkukuh keupayaan foresight dan membina keberanian untuk mencabar cara fikir konvensional agar KEJORA terus kekal relevan serta berdaya tahan pada masa hadapan.
Penganjuran bengkel ini merupakan sebahagian daripada agenda KEJORA 2.0 dalam membina Thinking Institution, sebuah organisasi yang bukan sahaja melaksanakan pembangunan, malah mampu memahami perubahan, menghubungkan trend global dengan keperluan tempatan, serta membentuk ekosistem pembangunan luar bandar yang lebih mampan, berdaya tahan dan bersedia menghadapi masa hadapan.
KEJORA 2.0 : Memahami Perubahan Hari Ini, Mencipta Masa Hadapan.