BENGKEL SEMAKAN DOKUMEN ISO/IEC 27001:2022 (ISMS) KEJORA TAHUN 2026
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Bahagian Teknologi Maklumat telah menganjurkan Bengkel Semakan Dokumen ISO/IEC 27001:2022 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) pada 14 hingga 17 Julai 2026. Bengkel ini bertujuan memperkukuh tadbir urus keselamatan maklumat, memastikan pematuhan kepada piawaian MS ISO/IEC 27001:2022, serta mempertingkat pengurusan risiko siber melalui semakan dan penambahbaikan dasar, polisi, prosedur serta dokumentasi ISMS.
Antara pengisian utama bengkel ialah Penilaian Risiko (Risk Assessment), Semakan semula Statement of Applicability (SoA), Pembangunan Business Impact Analysis (BIA), Pembangunan Pelan Pemulihan Bencana (DRP), simulasi pemulihan bencana serta Taklimat Polisi Keselamatan Siber KEJORA kepada kakitangan baharu.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen KEJORA dalam membudayakan keselamatan maklumat, meningkatkan daya tahan terhadap ancaman siber, dan memperkukuh agenda transformasi digital demi penyampaian perkhidmatan awam yang lebih selamat, cekap, berintegriti dan berdaya tahan.

























