header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
Satu Sesi Dialog Belanjawan KKDW 2026 telah diadakan secara hibrid dan dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Sesi dialog ini bertujuan untuk mengumpul pandangan serta cadangan daripada pelbagai pihak berkepentingan bagi memastikan Belanjawan KKDW 2026 dirangka secara inklusif, responsif dan berpaksikan keperluan sebenar masyarakat desa serta golongan sasar.
Sesi ini melibatkan penyertaan aktif KEJORA secara dalam talian dengan kehadiran seramai 70 orang peserta, termasuk barisan Pengurusan dan anggota KEJORA, usahawan pelancongan, usahawan industri asas tani, ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), serta wakil-wakil persatuan berdaftar. Kehadiran dan sumbangan idea mereka telah menjadikan sesi ini lebih bermakna dan menyeluruh.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada penganjur dan semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan sokongan dalam memastikan sesi dialog ini berjalan lancar dan mencapai objektifnya. KEJORA akan terus komited dalam menyokong usaha KKDW ke arah pembangunan luar bandar yang mampan dan menyeluruh menjelang 2026.