header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
Pelaksanaan sesi cabutan undi Bilangan 05 Tahun 2025 bagi kerja-kerja membaikpulih dan bina baru rumah PPRS serta pembinaan rumah sampah kitar semula daerah Kota Tinggi telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari ini.
Sesi undian ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA dan turut dihadiri oleh Pengurusan KEJORA.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua kontraktor yang berjaya. Semoga semua kontraktor yang terpilih dapat memberikan komitmen terbaik dalam melaksanakan serta menyiapkan projek yang diamanahkan mengikut skop kerja dan tempoh masa yang telah ditetapkan.