KEJORA BANTU PELAJAR DALAM WILAYAH
Peruntukan RM600,000.00 untuk laksanakan program pendidikan sepanjang 2015
6 Ogos 2015- Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) memperuntukkan …. Berita Lanjut
PROGRAM QARYAH RAMADHAN PERINGKAT WILAYAH KEJORA
3 Julai 2015 bersamaan 16 Ramadhan 1436H (Jumaat) – Sempena kedatangan Bulan Ramadhan yang penuh barakah, KEJORA telah menganjurkan program Qaryah Ramadhan bertempat di Masjid Nurul Iman, Taman Sri Lambak, Kluang.
Majlis yang bermula seawal jam 4 petang, telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Muhamad Fuad Bin Haji Radzuan.
Antara pengisian program tersebut, penyampaian sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim, fakir miskin dan saudara baru.
Sebelum berbuka puasa, para tetamu yang hadir telah diperdengarkan ceramah Qaryah Ramdahan yang disampaikan oleh Da’i Azam Al-Kankari iaitu Finalis Da’i Pendakwah Milenia Tv3.
Program ini merupakan salah satu acara tahunan KEJORA. Semoga program ini mendapat keberkatan dan akan diteruskan pada masa akan datang.
16 AHLI PENASIHAT LBJT TERIMA PERUNTUKAN KEJORA
Kota Tinggi – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)…. >>Maklumat Lanjut