KURSUS TEKNOLOGI REKABENTUK PEMBUNGKUSAN & PELABELAN, PENJENAMAAN PRODUK DAN KEUSAHAWANAN

Menyedari hakikat cabaran Pandemik Covid 19 dan keperluan untuk berdaya saing dalam kelompok masyarakat umum, Unit Ekonomi dan Usahawan telah mengadakan Kursus Teknologi Rekabentuk Pembungkusan & Pelabelan, Penjenamaan Produk dan Keusahawan pada 24 hingga 26 Februari 2022 bertempat di Balai Raya Islam, Panchor, Muar, Johor. Program ini telah dirasmikan oleh En Mohd Fakharur Razziy Bin Hazran, Ketua Unit Ekonomi dan Usahawan, KEJORA. Turut serta Puan Rafidah Binti Atan, penceramah daripada Yuco Creations, En Mohd Muzammir Bin Omar, Penghulu Mukim Jorak, Panchor, Muar dan Mohd Khalid Bin Mohammad, Ketua Kg Melayu / Sri Tanjung.
Selaras dengan agenda Kementerian Pembangunan Luar Bandar & aspirasi rakyat luar bandar, program ini merupakan satu titik permulaan ke arah melahirkan usahawan yang mampu transformasi kawasan luar bandar dengan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan kegiatan ekonomi serta menggalakkan generasi muda kembali berkhidmat di luar bandar di bawah Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK).
Seramai 20 usahawan diberikan pendedahan berkenaan pembungkusan produk agar dapat memasarkan produk dengan lebih berkesan dan efisien. Semoga program ini dapat memberi seribu inspirasi kepada usahawan baharu di bawah program PROSPEK.
Syabas dan tahniah.

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGI

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) menganjurkan program gotong royong yang telah dirasmikan oleh YB Datin Paduka Hjh Hazlina Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi.
Program gotong-royong ini melibatkan agensi dan institusi yang berada di daerah Kota Tinggi, antaranya Pejabat Daerah Kota Tinggi, Majlis Perbandaran Pengerang, Majlis Daerah Kota Tinggi, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi, Angkatan Tentera Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, Bomba, Angkatan Pertahanan Awam, Rela, Kejora Development Holding, dan juga wakil-wakil penduduk Kampung Nelayan Tanjung Balau juga penduduk sekitar dengan jumlah kehadiran seramai 250 orang keseluruhannya.
Kawasan pembersihan ini melibatkan 2 kilometer sepanjang kawasan Pantai Tanjung Balau dan dibahagikan kepada tiga (3) zon bagi kerja-kerja pembersihan. Zon 1 adalah kawasan jeti hingga kawasan geologi, zon 2 ialah kawasan muzium dan Kawasan Boardwalk Tanjung Balau dan zon 3 pula kawasan sepanjang satu (1) kilometer bermula dari kawasan selepas Sungai Rantau menghala ke anak sungai.
Semoga program hari ini dapat meningkatkan rasa keprihatinan dan komitmen kita terhadap penjagaan kebersihan dan keindahan alam sekitar yang bersih, indah dan ceria.

PENDUDUK TERHARU TERIMA BANTUAN, RUMAH LEBIH SELESA DARI KEJORA

Mahdzir Khalid menyerahkan replika kunci Inisiatif Rumah Keluarga Malaysia yang dibangunkan KEJORA kepada Mohd. Sazuan Mohd. Said dalam Program Prihatin Keluarga Malaysia di Bandar Penawar, Kota Tinggi, baru-baru ini. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

BACA ARTIKEL PENUH

KEJORA PENERAJU JOHOR TENGGARA 2030

KOTA TINGGI – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyalurkan peruntukan sebanyak RM401,000 bagi baik pulih dan bina rumah baharu yang terkesan dengan bencana banjir menerusi Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia 2022.

KEJORA diberi tanggungjawab untuk melaksanakan keseluruhan 24 projek kerja baik pulih dan bina baharu rumah tersebut.

Daripada 24 projek terbabit, sebanyak 23 projek baik pulih melibatkan pembinaan rumah dengan kos RM15,000 setiap unit manakala sebuah projek bina baharu dilaksanakan dengan kos RM56,000.  BACA ARTIKEL PENUH

“LAWN BOWL SOCIAL GAME” SEMPENA HARI BERSAMA PELANGGAN KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR

Pasukan DESARU yang terdiri daripada anggota Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) iaitu Encik Yusri bin Mohd Yasir, Encik Rahim bin Ismail dan Encik Parman bin Jayin merupakan pesara KEJORA telah dinobatkan sebagai JUARA di dalam perlawanan tersebut.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada team DESARU dari KEJORA!!

PROGRAM GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN PELANCONGAN TANJUNG BALAU

Warga KEJORA telah bersama-sama menyertai program gotong royong bagi membersihkan kawasan di sekitar pantai Tanjung Balau.
Program yang dianjurkan oleh Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia serta Unit Pengurusan Fasiliti KEJORA ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama yang utuh dikalangan warga KEJORA selain mewujudkan kesedaran untuk mengamalkan persekitaran yang bersih.
Tahniah di atas kerjasama semua warga KEJORA yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung didalam program gotong royong ini.

LAWATAN KERJA PEMBERSIHAN PERSISIR PANTAI DAN KAWASAN PERKELAHAN PANTAI TANJUNG BALAU

YB Datin Paduka Hjh Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi membuat lawatan kerja di sekitar pantai Tanjung Balau.
Lawatan bersama Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) & Majlis Perbandaran Pengerang ini bertujuan untuk melihat perkembangan kerja-kerja pembersihan kawasan pantai Tanjung Balau yang dilaksanakan oleh pihak KEJORA.
Hadir sama, Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar Pengurusan KEJORA, Encik Noorazmi bin Sahar, Ketua Unit Pengurusan Fasiliti KEJORA serta Encik Mohamed Noorhafidz bin Md Othman, Pegawai Tadbir MPP.

LAWATAN KERJA PEMBERSIHAN PERSISIR PANTAI DAN KAWASAN PERKELAHAN PANTAI TANJUNG BALAU

YB Datin Paduka Hjh Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi membuat lawatan kerja di sekitar pantai Tanjung Balau.
Lawatan bersama Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) & Majlis Perbandaran Pengerang ini bertujuan untuk melihat perkembangan kerja-kerja pembersihan kawasan pantai Tanjung Balau yang dilaksanakan oleh pihak KEJORA.
Hadir sama, Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar Pengurusan KEJORA, Encik Noorazmi bin Sahar, Ketua Unit Pengurusan Fasiliti KEJORA serta Encik Mohamed Noorhafidz bin Md Othman, Pegawai Tadbir MPP.

LAWATAN KERJA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR KE WILAYAH KEJORA

Berita Penuh  : DISINI

GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA KEJORA TAHUN 2022

Alhamdulillah, Program Gotong-Royong Perdana ke arah pensijilan EKSA telah dapat diadakan dengan jayanya di kawasan perkarangan Ibu Pejabat KEJORA. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA.
Jawatankuasa Pemandu EKSA KEJORA telah dinaungi oleh Pengurus Besar KEJORA dengan melibatkan Jawatankuasa Penyelaras, Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Latihan dan Jawatankuasa Promosi. Manakala sebanyak 6 Zon EKSA telah ditubuhkan iaitu Zon Baiduri melibatkan Bahagian Pentadbrian dan Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Teknologi Maklumat, Bahagian Hartanah, Unit Teknikal dan Unit Audit Dalam. Manakala Zon Topaz melibatkan Bahagian Perancangan Strategik, Pejabat Pengurus Besar, Unit Integriti, Unit Pelaburan dan Unit Komunikasi Korporat. Bagi Zon Zamrud pula melibatkan Bahagian Kewangan dan Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa. Manakala Zon Kristal melibatkan Bahagian Perancang Bandar dan Desa dan Unit Perundangan. Bagi Zon Nilam pula melibatkan Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Unit Ekonomi dan Usahawan. Manakala Zon yang terakhir iaitu Zon Delima yang melibatkan Bahagian Pelancongan dan Unit Pengurusan Fasiliti.
Setiap Zon diseru supaya membuat hebahan dan promosi di peringkat zon masing-masing secara lebih agresif dan proaktif supaya keterlibatan semua warga zon dalam pelaksanaan EKSA dapat dipergiatkan lagi. Pelaksanaan gotong-royong EKSA secara mingguan setiap hari Khamis petang amatlah digalakkan bagi mengekalkan kesinambungan pelaksanaan EKSA. Jom EKSA!