KEJORA@App_Default-image

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2021 DAN SAMBUTAN HARI RAYA KEJORA

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021 dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri KEJORA telah diadakan pada 30 Mei 2022 (Isnin) bertempat di Hotel Four Points by Sheraton Desaru. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar. Turut hadir sama ialah Yang Berhormat Datuk Haji Samsolbari bin Jamali, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah KEJORA, merangkap Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.
Majlis ini bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada 25 orang anggota KEJORA yang telah mempamerkan prestasi kerja yang cemerlang sepanjang Tahun 2021. Setiap penerima APC menerima Sijil Penghargaan & wang tunai berjumlah RM1000.
Turut diraikan adalah pesara-pesara dan bakal pesara KEJORA seramai empat orang dan lapan orang anggota KEJORA yang telah berkhidmat selama 30 & 40 tahun.
Bersempena dengan Bulan Syawal yang mulia, KEJORA turut menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Tahun 1443H.
Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah dan diharapkan agar budaya kecemerlangan ini berterusan dan akan dapat membantu KEJORA untuk mencapai hasrat dalam mewujudkan perkhidmatan awam yang lebih relevan, berinovasi, produktif dan berkeupayaan dalam menjunjung amanah bagi meningkatkan kecemerlangan KEJORA.