MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN JUBLI EMAS ULANG TAHUN KE-50 PENUBUHAN LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)

2 JUN 2022 I KHAMIS I 1.00 PETANG
Bertepatan dengan Ulang Tahun Ke-50 Penubuhan KEJORA, satu perasmian sambutan yang gilang-gemilang telah berlangsung di Pantai Tanjung Balau.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar. Dalam ucapannya, beliau menyatakan rasa bangga dengan pencapaian KEJORA selama 50 tahun terdahulu.
Kini, beliau telah menetapkan sasaran baru kepada KEJORA antaranya, penjenamaan semula KEJORA atau dikenali sebagai KEJORA 2.0, penetapan hala tuju baru serta penambahbaikan yang bersesuaian dengan arus pemodenan semasa.
Selain itu juga, beliau berharap permohonan KEJORA untuk memperluaskan kawasan keseluruh Daerah Kota Tinggi dan Daerah Kluang, diluluskan oleh Kerajaan Negeri Johor.
Di dalam majlis ini, YB Dato Seri’ Mahdzir Khalid juga telah melancarkan buku Coffe Table 50 Tahun KEJORA yang mana ianya merangkumi gambar dan cerita pembangunan sepanjang 50 tahun KEJORA di bumi Johor.
Buat pertama kalinya, KEJORA telah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Record (MBOR) bagi Ladang Penyelidikan Pertama Mengkuang Yang Dibangunkan Secara Komersial.
Tahniah kepada semua Warga KEJORA dari yang telah membangunkan Wilayah Johor Tenggara dari tahun 1972 hingga kini.