PENGURUSAN RISIKO RASUAH
CORRUPTION RISK MANAGEMENT (CRM)
- Pelan Pengurusan Risiko Rasuah atau CRM merupakan satu alat pengurusan (Management Tool) yang boleh membantu mewujudkan sebuah sistem pengurusan yang bercirikan anti rasuah dan mendukung nilai integriti.
- KEJORA telah mendapat kerjasama yang padu daripada pihak SPRM Negeri Johor dalam membangunkan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah KEJORA yang telah bermula sejak 2014 lagi. Beberapa siri bengkel telah dilaksanakan dalam pembangunan CRM ini.
- Tujuan analisis CRM adalah untuk menutup ruang dan peluang rasuah dalam pelaksanan 11 aktiviti utama KEJORA supaya objektif organisasi tercapai secara optimum. Salah satu indikator, risk rating KEJORA dapat menurunkan risiko daripada high kepada moderate/low.
- CRM dilaksanakan dengan mengambil kira rasuah sebagai risiko asas dalam sesebuah pengurusan dengan menggunakan pendekatan Penilaian dan Pengurusan Risiko. Dengan itu, satu bentuk sistem pengurusan yang baik dan berintegriti dapat dilahirkan melalui Pelan Pengurusan Risiko Rasuah
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI KEJORA 2022-2025