LATEST

DESARU SHIPWRECK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua!! ?
Hari ni admin nak kongsi info tentang:-???
“KAPAL KARAM DESARU”
* Sebuah kapal dagangan dari China jenis ‘Junk’ berukuran 30 meter panjang dan 8 meter lebar yang keseluruhan kargonya terdiri daripada seramik dari China. Kapal ini dipercayai tenggelam pada sekitar tahun 1840an akibat berlanggar dengan terumbu karang diperairan Desaru.
* Kapal ini tidak diketahui namanya yang sebenar. Ia dinamakan Kapal Karam Desaru kerana lokasi ia ditemui tenggelam pada kedalaman 20 meter, lebih kurang 2 batu nautika dari pantai Desaru.
*Penggunaan dua jenis kayu balak iaitu ‘pain’ dan cedar yang tumbuh di kawasan beriklim sederhana dan tidak terdapat di Asia Tenggara mengukuhkan kajian “KAPAL KARAM DESARU” adalah buatan China.
TAHUKAH ANDA???
– Di Muzium Nelayan Tg Balau terdapat 1 galeri yang mempamerkan sebahagian artifak dari kapal tersebut.
– Proses Ekskavasi Kapal Karam Desaru
???
Untuk lebih lagi maklumat….
PASTIKAN ANDA KUNJUNGI MUZIUM NELAYAN TG BALAU SELEPAS SEKTOR PELANCONGAN DIBUKA SEMULA NANTI!???